Search This Blog

Wednesday 29 October 2014

Hujan Yang Bermanfaat


Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana menurunkan hujan. Harini aku keluar lunch agak lewat sikit sebab di luar hujan. Risau kuyup pulak anak Pak Mior ngan Kak Ton Comel ni nanti. Huhu. Aku sedar aku lari buruk, tu sebab xberani lari waktu hujan lebat cenggini. Heh2. Hujan di luar ofis agak lebat jugaklah. Payung pula takde. Ngeh3. Mmg xde buat simpanan payung pun. Huhu. Sementara tgh tggu hujan berhenti ni, aku saja mengisi masa lapang dgn hapdate blog yg beberapa hari telah bersawang. Nasib baik hari, bukan bertahun2. Huhu. Mahu berkulat blog jawabnyer kalo x hapdate blog bertahun... (nampak bebenor nipu nyer). Huh.

So, dgn itu, dari aku merepek meraban panjang lebar, jom aku nak share sikit tujuan asal aku iaitu gambar2 berkaitan dgn hujan. Semoga bermanfaat buat sekalian.

Aduh sedapnyeee buah itu. Rasa mcm nak ngap aje. Sebab tgh lapar. Huhu. 

Tu dia payung. Sumber gambar dari Encik Google. Huhu. Rasa mcm nak amikkk je payung ku sekarang yg berada dalam kereta. Payungku kaler pink. Cap avon lagik tuh! Wahahaaa.

Doa memohon diturunkan hujan & doa ketika hujan turun.

Doa ketika hujan lebat.

Doa ketika hujan.

Doa ketika terjadi kilat dan petir.


Selingan :- Doa agar dipermudahkan segala urusan.

Selingan :- Doa ditimpa musibah.

Selingan :- Have a lovely day. 


 Ok bai. Hujan kat luar ofis pun mcm dah nak stop. Huuuu, perut dah lapar. Teringat masakan gulai tempoyak ikan patin masakan umi kat rumah. Dari ofis ke rumah perjalanan mengambil masa 5 ke 8 minit je. So, mmg setiap hari lunch aku balik rumah. Lagipun senang nak solat bagai. Rumah sendirikan, dah tentu2 selesa. Yuhu...... 

Da be da be duuuuu. Adios!~

Menarik di sini :- Adab & Tatatertib



Monday 20 October 2014

Petua-Petua Kahwin

Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia?  Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?
  • Sentiasa berdoa agar disayangi.
  • Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
  • Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
  • Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
  • Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
  • Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
  • Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
  • Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
  • Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
  • Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
  • Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
  • Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
  • Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
  • Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
  • Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
  • Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
  • Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
  • Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
  • Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
  • Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
  • Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  • Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
  • Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
  • Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
  • Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
  • Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
  • Sentiasa lakukan ibadah bersama.
  • Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
  • Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
  • Urut belakang isteri sekali sekala.
  • Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
  • Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
  • Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
  • Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
  • Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
  • Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
  • Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
  • Lebihkan isteri daripada anak-anak.
  • Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
  • Seeloknya masuk tidur serentak.
  • Belai isteri sebelum pergi kerja.
  • Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
  • Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
  • Lakukan riadah bersama isteri.
  • Pergi berkelah sekali sekala.
  • Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.


Kredit :- www.syokkahwin.com
Menarik di sini :- Saat Yang Paling Bahagia

Friday 17 October 2014

Pukul 1.38 am

Huhu, Assalammualaikum dan selamat petang. Hehhhh2, petang kejadahnya. Jam pun dh menunjukkan kul 1.38 am. Sepatutnya ini adalah waktu tidurku. Tp, ntahlah kenapa tiba2 jari-jemari ni rajin pula utk menaip. Biarlah apapun, asalkan aku gembira dgn caraku.

Sebenarnya, baru lepas tolong umi sediakan bahan memasak utk kenduri angah nazrul bsk di shah alam. Angah bakal kawen dgn org kelantan. Hrp2 semuanya dpt berjalan dgn lancar.

Seronok sebenarnya dgr kenduri-kendara. Selain dpt berjumpa sanak-saudara, rewang dalam segala hal, kita juga dpt bergambar sakan bersama2. Al-maklumlah, lama xjumpakan. Kebanyakkan besok, akan berjumpa bukan saja dgn sepupu-sepapat, malah akn brjumpa dgn 2 pupu yg rapat2 sejak dari kecil.

Xsabar rasanya nak berkumpul. Tp, kakakku dan abg iparku xdpt join bersama. Dowg gi jejalan beli air kat Perth. Rezeki dowg dpt ke sana. Apepun, semoga bulan madu mereka dipermudah.

Ok saja coretanku pd malam ini. Saja gataiii nk cuit2 sikit. Dptlah juga jd kan kenangan utk tahun2 yg akn dtg. Semoga dpt bertemu lg. Chow chin chun. Adios!!!

Selingan jer ni. Bosan2.. saja nak throwback. Inilah sy dan kakak sy yg seorang. Gambar masa kecik. 

Yg terduduk tu laaa angah nazrul yg nak kawen. Ini jelaaa gambar dia yg paling latest dlm stock simpanan yg sy ade. Huhu.

Ni lah adik perempuan sy yg seorang. Baru je balik setelah beberapa minggu xbalik. Igt jugak dia kt rmh. Huhu. Ok bai. 

Jam pun menunjukkan kul 1.58 am. Xsampai setengah jam pun menaip. Kalau dh suka, layankan ajer. Sementara tgh ade idea kan. Hehhhh. Chow chin chun yaa. Daaa2!!!~ ;-) 

Menarik di sini :- Bahaya Fitnah Dalam Hidup

Tuesday 14 October 2014

Beli Kereta Tanpa Berhutang



Assalammualaikum dan selamat pagi malaysia. Harini anda sarapan ape? Sy dh sarapan awal lg di rumah. Makan nasi kuah asam pedas. Itu pn makan cpt2 sebab rushing. Amik kuah je, xamik lauk. Nyum3..... xsabar nak balik tengahari ni makan. 



Harini ade nak berkongsi tips sikit. Perkongsiannya, sy share dari laman sebelah. Ada benarnya, ade betolnya. Masing2 punya cara dan pendapat. Jom baca dulu.... 



Nak beli kereta tanpa berhutang?

CARA BELI KERETA TUNAI – AWAS : BANK SANGAT TIDAK SUKA ARTIKEL INI

Keperluan : Perlu kereta untuk kerja
Batasan : Nak kumpul duit cukup sampai tua tak beli kereta
Solusi biasa : Pinjam Bank
Harga Kereta : RM40,000 – D/P RM4000 – bulanan RM438.33 Interest : 3.5% Tempoh : 9 Tahun
Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak termasuk jika selalu kena penalti bayaran lewat)
Documentation Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua ini biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan runner mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan…kita sain jer, lepas tu kita juga kena bayar bulan-bulan).
Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64
Kita nak buat begini
Harga kereta : RM40,000 (RM38,000 – biasa boleh nego kalau tunai)
Bayaran : RM38,000
Untung bank : ZERO
Masalah biasanya ialah susah orang nak tunggu kerana kerata sangat perlu untuk pergi dan balik kerja. Mari saya cadangkan satu cara yang pernah berjaya dibuat oleh mereka yang pernah datang meminta nasihat sebelum ini (kita panggil beliau “Najib” – fresh graduate yang bekerja dengan swasta).
Anda target untuk memiliki sebuah Perodua Myvii berharga RM40,000 atau yang setaranya. 
Misi : Kumpul duit RM40,000
Tapi : Perlu kereta segera
Kumpul RM4,000 dan mula dari situ. Dengan RM4000 itu boleh bayar downpayment HUTANG kereta baru ATAU dengan RM4000 itu boleh dapatkan sebuah Perodua Kelisa / Kancil yang berusia lebih 12 tahun. Masa ini biasanya bank sudah tak bagi finance kereta seumur itu dan harganya akan drop serendah-rendahnya kerana sasaran hanya kepada pembeli tunai. RM4000 boleh dapatkan sebuah kereta Kancil yang sangat mungkin kosmetiknya kurang tapi kerosakannya mungkin kurang. 
Najib pilih ikuti nasihat untuk beli sebuah Perodua Kancil EX660 yang masih berkeadaan baik dengan harga RM3500 (Sebenarnya Proton Wira pun boleh dapat harga begitu…cuba cari di Mudah.My dan pastikan kita tak silap pilih kereta bermasalah). Pilih model yang spare-part dan repair murah dan kalau lebih baik dapatkan kereta yang dalam kondisi terjaga. Sekarang, untuk tujuan pergi dan bali kerja sudah tercapai. Yang tak tercapai ialah tiap-tiap raya tak boleh nak eksyen dengan bekas gelfren kononnya nak tunjukkan “achievement”. Tahap ni, kena sabar sikit kerana kawan-kawan sebaya termasuk junior sekolah pun dah mula tayang Honda City mereka (hutang) bayar tempoh maksimum. 
TETAPI walaupun tiada komitmen bulanan, Najib dinasihatkan untuk membuat tabungan sebanyak RM450 sebulan di dalam pelaburan koperasi yang menguntungkan. Kalau beli kereta barupun, RM450 juga akan bayar bulan-bulan…anggaplah macam beli kereta dengan loan cuma RM450 kita laburkan bukan bayarkan loan. Dalam kes ini, Najib saya sarankan untuk melabur dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) kerana beliau juga anak Peneroka. Untuk pengetahuan, KPF bayar dividen sangat tinggi juga (selain itu dengarnya Koperasi Angkatan Tentera juga tinggi pulangannya). Jika tidak, paling teruk pun boleh masukkan dalam ASB atau Tabung Haji dengan kadar dividen yang “not bad” lah…jangan simpan dalam akaun simpanan yang ada ATM dan kemudian susah nak disiplinkan diri bila Sarcasteek keluarkan design-design baru…gatal jer nak gi shopping. Boleh juga cari prospek pelaburan lain yang mungkin lebih baik seperti emas, unit amanah, bon dan lain-lain, cuba intai-intai perunding kewangan yang terbukti rekodnya (saya cadangkan perunding dari The Millionaire Sister Group)
RM450 x 89 bulan = RM40,050
Apabila disekalikan dengan dividen pelaburan, tempoh 89 bulan itu boleh dikurangkan sehingga 70 bulan ataupun pada tempoh yang sama boleh dapat sampai RM55k-60k
Untuk kes Najib, beliau dapat disiplinkan diri untuk menyimpan RM450 dan dilabur dalam prospek pelaburan yang cerdik. Bulan ke 70 sahaja, beliau dah ada RM40k (kira-kira 5 tahun lebih). Mari kita mula kira
Dalam simpanan : RM40,000
Harga Perodua Kancil lama : RM2000
Tempoh tahan sabar kerana tak macho : 70 bulan
Ok, asalnya beliau nak beli sebuah kereta MyVii baru RM40k kan? Tapi selepas beliau dah ada kuasa tunai, beliau dapat beli sebuah Honda CRV terpakai yang masih dalam kondisi “Nora Danish” (cun) dan mempunyai maintenance yang rendah serta trade-in value yang tinggi dengan apa yang beliau ada. Disebabkan pembelian secara tunai, sebuah kereta Honda CRV dengan harga buka RM55k boleh tawar sampai harga RM45,000. 
Sekarang, Najib sedang mencarum semula dalam dana keretanya sebanyak RM600 sebulan. Dalam tempoh 7 tahun akan datang, Najib boleh memiliki sebuah Mercedes S320 terpakai dengan harga RM100k (harga beli baru RM800k). Ada cara lebih baik jika masih sabar, beli sahaja kereta pada nilaian RM20-30k dan selebihnya teruskan mencarum untuk pelaburan dan lebarkan prospek pelaburan yang ada. Macam orang tanam pokok yang dah berbuah, nak ambil buah jangan tebang pokok tu, trim sikit sudahlah…and let the money work for you. 
Kita tak perlu jadi penganalisis ekonomi untuk jadikan kita bijak. Kita cuma perlu BERPUASA sedikit. 7 tahun sahaja orang rasa tak cool bawa kereta cabuk. Lepas 7 tahun…kawan yang pakai Hondai City tu masih terkial-kial bayar bulanan. Awak dah bawa kereta lebih tinggi statusnya secara TUNAI. 
Boleh cuba sekarang. Saya tahu kerana saya pernah jadi orang bodoh yang rakus mahukan impresi orang dengan kereta baru yang HUTANG dan dari situ saya belajar…untuk BERPUASA dan beli kereta bukan untuk tayang pada orang lalu saya mampu bebas dari hutang kereta. Saya juga pernah berkata, kenapalah aku bodoh sangat kerana tidak tahu perkara ini dari zaman muda dahulu lagi. 
Jaguar S-Type (muka jongos) pada zaman kegemilangannya pada tahun 2001 dahulu berharga sekitar RM800k dan hanya RM50k pada hari ini. Orang tetap lihat…itu ialah Jaguar. Bawa Jaguar baru RM800k dan Jaguar terpakai RM50k jenamanya tetap sama. Pak Bilal yang taknak kahwinkan anaknya kepada kamu kerana kamu pakai Kancil 660 pun tak tahu beza harga Jaguar baru dan 2nd hand pun. 
Beli kereta untuk keperluan…jangan bayar lebih untuk puaskan hati sendiri dengan sakitkan mata dan hati orang lain yang melihat. Lagi satu, orang kata kalau beli kereta tunai nanti income tax cari…jangan takut pasal perkara ini jika anda bukan jenis orang lari dari cukai. Cukai hanya kutip berdasarkan pendapatan kita dan bukan kerana kita beli kereta tunai. 
Sekian tips kewangan dari kisah sendiri. Ini SEKADAR TIPS dari saya dan saya pasti ada ribuan tips lain yang lebih baik. ALASAN TETAP ADA UNTUK TIDAK MELAKUKANNYA DAN ITU SEMUA PILIHAN ANDA. Tidak ada paksaan dan satu statement mengatakan apa yang saya tips kan ini satu ketetapan negara…maka, tak perlu beri alasan sangat kepada saya. Saya tak perlu pun dengar alasan untuk mengubah apa yang telah berjaya dilakukan (past-tense dah). Ini bukan isu beli liabiliti dengan tunai satu tindakan kurang bijak…tetapi pada saya, ini cuma satu usaha untuk tidak commit kepada riba termasuk “Riba’ Islamic”.
Selamat mencuba.
Bercerita pasal kereta, sy nak share. Inilah kereta idaman sy. Biasa2 jee. 
Dah nak ambik haritu. Tp, bila pikir2 balik nanti2lahhh. Pakai ajerrr kenari dulu. Syukur dengan apa yg ade. Yer dak? Huhu. Ini semua dunia. Hurm........ 

Ok, sekian saja dari sy. Semoga dapat berjumpa lg.

Kredit :- Coklatoreo.com
Menarik di sini :- Inspirasi kehidupan

Monday 13 October 2014

Saat Yang Paling Bahagia

Seorang Isteri bertanya kepada suaminya, 

"Apakah saat paling bahagia didalam hidup abang?" 

Suaminya memandang muka isteri dan berkata :- 

"Saat itu belum terjadi lagi.."

Si Isteri terdiam sejenak. Kemudian dia bertanya lagi :- 


"Dan bila saat itu akan terjadi?"

Suaminya berkata :- 


"Saat itu adalah hari di mana awak membuka pintu dan berkata kepada saya ‘Abang, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh’ di dalam rumah kita di Syurga.."

Hukum Bersolat Memakai Kain Sarung Sahaja Tanpa Baju?


Soalan : 

Bolehkah seorang lelaki bersolat dengan memakai kain sarung sahaja tanpa baju?


Jawapan : 

Solat yang dilakukan dengan memakai kain sarung yang menutup aurat adalah sah. Tetapi perbuatan bersolat tanpa berbaju atau berpakaian kemas adalah perbuatan yang amat dikeji oleh syarak. Solat adalah interaksi langsung seorang makhluk yang hina dengan khalidnya (pencipta) yang Maha Agung. Sudah tentu berpakaian tidak sopan ketika berhadapan dengan-Nya adalah perbuatan biadap dan tidak beretika. Majoriti ulama fikah juga menghukumkan perbuatan ini sebagai makruh tanzih, iaitu perbuatan yang dibenci dan dianjurkan supaya dijauhi. 

Perlu dijelaskan bahawa had minima aurat lelaki yang ditentukan syarak bertujuan memudahkan mereka yang tidak berkemampuan atau dalam keadaan darurat. Ia bukan lesen untuk 'memudah-mudahkan' agama dan memandang enteng (mudah) persoalan aurat.



Kredit :- Hukum bersolat memakai kain sarung
Menarik di sini :- Petua untuk wanita mencari jodoh

Sunday 12 October 2014

Apakah Hukum Pakai Cincin Pada Jari Tengah Dan Telunjuk?

Rasulullah melarang pemakaian cincin pada jari tengah dan telunjuk seperti yang terdapat dalam hadis berikut :-

Ali Bin Abi Talib berkata, "Rasulullah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk ataupun jari yang mengiringnya, iaitu jari tengah ataupun jari hantu."

(Riwayatkan Oleh Muslim, Abu Daud, at - Tirmidzi dan Nasaie)





Menarik di sini :- Adat & tatatertib

Apakah Hukum Berhias Diri Pada Hari Raya?

Hukumnya sunat berhias diri pada hari raya?

Rasulullah menggalakkan umatnya memperagakan pakaian baharu dan berwangi-wangian pada hari raya. Ini untuk meraikan sempena kemenangan kita menahan nafsu pada bulan Ramadhan.

Melakukan sedemikian merupakan salah satu daripada Sunnah Baginda.



Demam AF 2014

Assalammualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah, di petang ahad yg damai ini diiringi guruh dan bunyi burung yg berkicau di luar tingkap, menemani aku utk mencoret, mencatit dan merepek sebentar. Hihihi. Selesai sudah aku membasuh baju, cuma melipat baju je belum.

Sekarang ni rasa xsabar sgt nak tunggu malam. Aku menantikan konsert AF2014 yg akn disiarkan malam ni di astro pd pukul 9 malam. Minggu lepas, di separuh perjalanan konsert, dapatlah tengok bersama ayah. Ayah mmg kebiasaannya balik sekitar pukul 10 ke atas. Memang ayah rajin sgt ke masjid. Mudahan, besok2 aku dptlah jugak suami yg rajin ulang-alik ke masjid. Huhu. Untong2 dptlah aku suami yg selalu rajin pergi masjid bersama-sama bapa mertuanya. Heh heh. Haaaa, Aamiin. Larik tajuk pulak!~ Malam ni mungkin aku berkesempatan tengok konsert AF bersama kakakku yg aku panggil along. Suaminya ade job, dan xde kt rumah katanya. So, dia pn ambil keputusan utk lepak kt umah umi ni akibat takut dok sowg2 kat umah sewa dia lewwtuuu. Hihi. Nasib baik rumah sewa dia ngan rumah umi xjauh. Masing2 kt puchong jgk. Hihi.

Harini nak citer sikitlah pasal pelajar2 AF2014. Mula2 malas nak tengok. Lama2, mcm layan pulak tgk konsert AF nieh. Masa konsert 1, belum tahu lg aku minat siapa. Dh sampai nak masuk konsert ke-6 baru aku tahu yg aku minat Nuha, Ewal, Firman, Zariff dan Adel. Harap2 kelima-lima mereka ni berada di top 5. Jom aku perkenalkan mereka ni 1 per 1. Chewaaahhh.

Namanya Firman. Ayah aku minat kat Firman ni. Aku pn minat jugak. Suara dia boleh tahan. Tp lebih minat kepada Nuha. Huhu.

Namanya Nuha. Walaupun xberapa gebu mcm Ziha, Tp suara dia memang POWER. Chaiyoookkk Nuha!!! 

Namanya Ewal. Walaupun nampak muda, tp dia ni nyanyi mcm org yg dh berpengalaman. Al-maklumlah, bapa dia pun retisss u! Bapa dia bekas kumpulan Wings. Huhu. 

Namanya Zarif. Steadykan cik abg ni. Aku xdelah tergila-gilakan sgt. Tp tengok dia ni mcm ade gaya tersendiri yg xde pd org lain. Sokong tetap sokong! Huhu. 

Namanya Adel. Orgnya alahaiiii, lembutnyaaa dan cantik. Suara dia pn lebih ummmppphhh. 

Namanya Miza. Selingan jew. Haha. Opppsssss. Tah pape jerk!~ 


Antara lain-lain pelajar yg lain xberapa memuaskan hati aku adalah Ziha, Aman, Azwan dan Nina. Harap2 antara 4 org ni xdelah dalam senarai top 5 final nanti. Huhu. 

Wawa, Farez dan Muna pula telah tersingkir. Nasib baik aku xberapa minat dowg sgt. Heh2. 

Ni masa konsert ke-6. Tiada penyingkiran. Lg pn minggu Ketuhanan dan Kemanusiaan, minggu Raya Haji. Hihikkk....



Ok, jom saksikan konsert AF2014 setiap ahad jam 9 malam di astro ria. Yeayyyyy!!!! Malam minggu ke-7 ni bertemakan rock!!!



 Huuuuu, dh nak abisss create blog ni tetiba hujan turun. Nasib xlebat sgt. Ok baiii. Nak g mandi. Winkkk........ 


Menarik di sini :- Resepi Ayam Masak Merah

Thursday 2 October 2014

Kongsi Resepi Ayam Masak Merah



Ermmmmmmmm... ermmmmmm...... Bukan main seronok lg saya cuci mata tengok masakan ayam masak merah seperti di atas. Disebabkan bosan2, saya google makanan kegemaran saya. Berikut adalah hasil perkongsian resepi ayam masak merah dari blog sebelah. Saya cuma bantu panjang2kan jer. In Sha Allah, akan datang saya akan share resepi dari saya pulak yer. Al-maklumlah, saya ni bukan pakar memasak ssangat. Ngeh3....................

Secara positifnya, manalah tahu saya akan jadi pakar dalam masakan dengan teori pemerhatian dan kajian saya sendiri. Kan.. kan. Harap2lah kan. Setakat ini, saya hanya sekadar pakar dalam "menghabiskan makanan jer". Huhu. 

Dahhhh... sebelum melalut dengan lebih panjang. Nahhhh......

Resepi Ayam Masak Merah

~ 1 ekor Ayam (dipotong dan di bersihkan) 
~ 1 sudu makan serbuk kunyit
~ 1 sudu teh garam halus
~ minyak untuk menggoreng secukupnya


* Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan serbuk kunyit dan garam lalu di goreng  masak dan ketepikan. Jangan goreng terlalu masak dan garing kerana ayam anda akan keras dan sukar untuk di makan.
Bahan sambal

~ 10-20 biji cili kering (boleh adjust ikut citarasa)
~ 1 inci halia
~ 2 labu bawang besar
~ 5 ulas bawang putih
~ 2 batang serai (boleh di kisar sekali atau di titik sahaja)
~ 3-4 biji buah tomato (kisar dengan sedikit air)
~ 1/2 cawan susu cair
~ garam, gula, perasa
~ daun ketumbar (tabur)
Cara membuatnya

1. Kisar cili kering, bawang, bawang putih, serai dan halia.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan naik minyak kemudian masukkan tomato kisar dan susu cair, kacau.
3. Sesuaikan rasa dan jika kepekatannya agak sesuai masukkan ayam goreng tadi.
4. Kacau sebati dan angkat. Taburkan dengan daun ketumbar ketika menghidang.

Selamat mencuba!
Hahhhh.... siap ade wish selamat mencuba lagi. Jadi, ape tunggu lagi! Anda tolong masakkan.. saya makan. Ok kan. kan.. kan. Nyum3. Ok, semoga dapat ketemu lagi.



Wednesday 1 October 2014

7 Minuman Berkhasiat Sebagai Pengganti Air Masak


Rasanya semua orang tahu air masak merupakan kunci utama hidup sihat. Minum lapan  gelas air putih setiap hari dapat mencegah kita dari terkena penyakit. Tapi kalau minum air masak je hampir setiap masa mesti tekak kita pon jadi jemu. Kan.. kan.. kan. Memang ade betulnya. Huhu. Teringat pula saat ini, saya dalam proses memaksa diri untuk habiskan air masak sebanyak 3 liter dalam sehari. Huuuu, hampir2 naik muntah jugaklah. Kadang2 berjaya dalam 2 liter je pun. Tp xpe, jom kita baca ilmu dari penpatah.blogspot.com yg baru saya perolehi ni untuk perkongsian bersama.
Selain daripada air masak, banyak lagi minuman sihat yang dapat mengekalkan kesihatan kita disamping menghilangkan dahaga. Antaranya :-
JUS OREN

Antioksidan pada jus oren ini membantu melindungi jantung kita dengan memerangi peradangan yang dapat menyebabkan kerosakan pembuluh darah. Orang yang makan makanan dengan segelas jus oren mendapat lebih sedikit zat untuk  melindungi arteri dalam darah. Tapi kena ingat kandungan gula pon perlu diambil kira, jadi lebih baik minum jus tanpa gula.

Psss :- Jarang saya minum jus oren. Kalo minum pn di kedai. Tp kekurangannya jika minum di kedai, kita xtahu berapa banyak kandungan gula yang diletakkan. Yer x? So, baik buat jus oren sendiri. In Sha Allah, usaha untuk rajin di masa akan datang. Ngeeee.... 
TEH CHAMOMILE
Selain menghilangkan dahaga teh chamomile boleh membuatkan kita tenang. Orang yang meneguk ekstrak chamomile setiap hari selama dua bulan akan dapat mengurangkan kecemasan di dalam dirinya, (sebuah laporan ujikaji dari University of Pennsylvania di Philadelphia).

Psss :-  Memang setiap hari kat rumah sy sentiasa tersedia teh. Tp bukan teh chamomile. Keliru jap, Ape bezanya dgn teh yg biasa aku minum tuuu. Huhu. 
JUS CRANBERRY
Segelas jus Cranberry dapat mencegah penyakit gusi dengan membunuh bakteria yang datang dari mulut. Jus Cranberry juga kaya dengan vitamin C, mengurangkan tekanan kolesterol dan menjaga saluran darah kita dengan baik.

Psss :- Memang pertama kali dengar jus crenberry nieh. Hihi. Akan dtg kalo gi tesco atau mana2 nak carilah. Harap2 sedaplah jus ni kan. Huhu.
SUSU COKLAT
Segelas susu coklat mempunyai tinggi karbohidrat dan protein, membolehkan kita segar selepas menjalani aktiviti harian. Kajian dari American College of Sports Medicine di Seattle mengatakan atlet yang minum susu coklat selepas latihan dapat  mengurangkan kadar kerosakan otot setelah empat hari mejalani latihan berbanding mereka yang minum air masak atau minuman pemulihan lainnya. Bancuh susu dengan hanya 2 sudu coklat yang memiliki kurang dari 20 g gula dan minum. Selain dapat hilangkan dahaga, badan juga terasa lebih segar dan bertenaga.

Psss :- Teringat pernah sekali 1 hari tu saya minum susu coklat waktu pagi. Dibeli di Tesco Puchong. Memang kenyang 1 hari dan rasa bertenaga. Tp, kalau beli kena minum cepat2. Maksudnya, susu ni saya xboleh minum dh selepas 3 hari pembelian. Rasa lain mcm. Mmg mengenyangkan susu coklat ni. Salah 1 kegemaran saya..... :-) 
TEH HIJAU
Teh hijau dikatakan membantu dalam mengawal berat badan. Tikus yang di uji minum teh hijau sebanyak 22% turun berat badan daripada hari sebelum minum teh hijau. Menurut kajian di Jurnal International Obesiti  minuman ini dapat meningkatkan metabolisme kita dan menjadikan lemak dalam tubuh mudah terbakar. Selain itu, antioksidan dalam teh hijau juga dapat mengurangi risiko terkena kanser dan penyakit jantung.

Psss :- Ok fine. Sangat pahit kalau minum tanpa gula. Saya pernah cuba teh hijau cap orang kampung. Beli kat Mydin Subang. Minum pun dalam 2 hari je. Lepas ni kena paksa diri habiskan jugak bg mengelak dari pembaziran. Huhu. 
JUS TOMATO
Jus tomato dapat menurunkan risiko kanser dalam tubuh kita kerana kandungan dalam buah ini sarat vitamin dan lycopene, yang mampu melindungi sel badan daripada dari kanser. Jus tomato boleh diminum dengan tambahan rempah-rempah dan batang seledri setiap hari.

Psss :- Memang xpernah cuba pulak jus tomato ni walaupun tomato ni kegemaran saya. Huhu. Sebut pasal tomato, bestnyeeeeeeeeee kalau dapat cicah dgn sambal belacan. Tetiba rasa lapar pulak. 
TEH HITAM
Salah satu kebaikan teh hitam ialah dapat membantu menangkis kanser kulit. Kandungan yang terdiri dari flavonoid, iaitu antioksidan yang membawa zat antikanser. Kajian menunjukkan bahawa meneguk satu cawan teh atau lebih dalam sehari dapat menurunkan risiko penumbuhan sel karsinoma skuamosa iaitu sel kanser kulit di dalam tubuh. Panas atau sejuk, teh hitam adalah minuman yang bagus untuk merawat kulit.

Psss :- Agak menakutkan utk cuba. Mungkin sebab xpernah minum. Tp pertama kalilah saya dengar teh hitam ni. Nanti kena cari ni. Bagus utk kulit. Hihik...... :-) 
+ Bukan semua orang yang tegar jadikan air masak sebagai minuman rutin. Sesekali kenalah hadiahkan tekak kita dengan sesuatu yang lain jugak.. :P +