Search This Blog

Friday 14 November 2014

TIPS Pengurusan Kewangan Bagi Pasangan Baru Berkahwin

Assalammualaikum. Harini saya nak share mengenai tips pengurusan kewangan pada mereka2 yg baru berkahwin. Walaupun saya belum lagi mendirikan rumah tangga, tips ini juga amat berguna di masa akan dtg. InsyaAllah.

Jom kita lihat hasil perkongsian dari blog sebelah.


Banyak pasangan terjebak dalam kesibukan majlis sebelum dan semasa pernikahan dengan hanya mempersiapkan majlis pernikahan atau kenduri perkahwinan dan lupa bahawa ada kehidupan selepas perkahwinan yang juga perlu dipersiapkan dengan lebih serius. Salah satunya adalah masalah kewangan. Berikut beberapa tips bagi anda yang akan berkahwin atau baru saja menjalani pernikahan.

1. Tulis tujuan yang ingin anda berdua capai.

Pastikan pasangan anda tahu keadaan kewangan anda (pendapatan, hutang, perbelanjaan). Selepas itu, tetapkan matlamat jangka panjang. Sebagai contoh, adakah anda ingin bersara di usia tertentu? Adakah anda ingin mengelakkan hutang? Tentu ia memerlukan rancangan terperinci untuk tujuan jangka panjang tersebut.
2. Berapa akaun bank yang anda perlukan.
Suami isteri digalakkan membuka satu akaun khas yang boleh diakses oleh keduanya. Ini akan menjaga kepercayaan dalam perkahwinan. Boleh juga menggunakan akaun peribadi masing- masing. Pembelanjaan dengan kedua-dua kaedah tersebut tentunya berbeza. Dengan kaedah pertama, semua transaksi pembelanjaan tercatat dalam satu akaun. Sebaliknya, ada dua catatan transaksi jika anda memutuskan menggunakan kaedah kedua. Pastikan ada pembahagian jumlah dan tanggungjawab yang tepat. Misalnya suami membayar ansuran rumah dan kenderaan sedangkan isteri menggunakan wang untuk membeli keperluan sehari-hari.
3. Dana Kecemasan, pelaburan jangka panjang dan duit persaraan.
Jika anda belum memilikinya, jadikan ini keutamaan pertama dalam kewangan anda. Dana atau duit kecemasan perlu disediakan untuk hal- hal yang tidak anda duga seperti pemberhentian kerja, keluarga yang sakit teruk, bencana alam, atau keperluan mengejut yang tidak boleh ditangguhkan. Dengan mengasingkan dana kecemasan untuk keperluan sekurang-kurangnya 6 bulan ke depan, kewangan anda akan terjaga dan hubungan perkahwinan anda juga. Memilih pelaburan jangka panjang boleh dirujuk kepada rakan yang lebih dulu berpengalaman. Jika ingin risiko kecil mulailah dengan tabungan yang berskala kecil. Sama juga dengan dana pencen. Walaupun anda berdua hanya mengasingkan jumlah kecil setiap bulan, namun dalam puluhan tahun ke depan dana tersebut sudah boleh anda nikmati semasa pencen. Wang KWSP dan wang pencen juga boleh digunakan dengan dana tambahan yang anda simpan untuk kegunaan di hari tua anda.
4. Menetapkan bajet bulanan.
Tentukan berapa jumlah maksimum yang boleh dibelanjakan setiap bulan. Hal ini dilakukan untuk mengelakkan hutang. Untuk menentukan jumlahnya, mulai dengan mencatat pengeluaran dalam satu bulan. Tulis secara terperinci bermula dari keperluan pokok seperti makanan, sewa atau ansuran rumah, pengangkutan sampai keperluan seperti makan di luar dan menonton di pawagam. Lakukan ini selama beberapa bulan dan anda akan mendapat gambaran berapa bajet perbelanjaan bulanan anda. Jangan lupa peruntukan untuk perbelanjaan yang tidak rutin dan tak terduga seperti servis kenderaan.
5. Buat perbincangan tentang kewangan secara rutin.
Mesyuarat ini bukan hanya akan menolong anda menetapkan kedudukan kewangan keluarga, namun juga menguatkan hubungan suami isteri sebagai satu pasukan dalam menghadapi masalah yang kemungkinan besar berlaku dalam kehidupan kewangan anda. Komunikasi yang terjalin dalam mesyuarat akan membina kepercayaan suami isteri serta menolong masing- masing agar berhenti bimbang tentang wang. Sangat bagus jika perbincangan kewangan diadakan setiap seminggu sekali.
6. Keluar dari hutang dan tetap elakkan hutang.
Bincangkan secara khusus tentang bagaimana membayar hutang. Seseorang boleh jatuh sakit gara- gara mempunyai hutang. Tetapi mengelakkan hutang tidak hanya membuat anda terhindar dari sakit, namun juga pasangan anda. Kesihatan fizikal anda berdua akan mewujudkan perkahwinan yang sihat juga. Untuk boleh menjadi pasukan yang baik, suami dan isteri perlu punya pemahaman yang sama dalam hal mengatur kewangan.



Menarik di sini :- Bukan Saja-Saja?

Wednesday 12 November 2014

Cara berkasih sayang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.


1. Tidur satu selimut bersama isteri
2. Memakai wangi-wangian
3. Mandi bersama isteri
4. Menyikat rambut suami
5. Membantu isteri di dapur
6. Minum bergantian pada tempat yang sama
7. Membelai isteri
8. Tidur dipangkuan isteri
9. Memanggil dengan kata-kata mesra
10. Berjalan berpegangan tangan




Menarik di sini :- 10 Pesanan Dari Imam Syafie

Bukan Saja-Saja?


BUKAN SAJA-SAJA ALLAH meletakkanmu dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH mengurniakanmu KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH membiarkanmu mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN ALLAH tahu kamu akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN ALLAH tahu kamu bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN ALLAH akan temukan kamu dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN ALLAH mahu menguatkanmu..
MELAINKAN ALLAH mahu kamu tahu betapa tingginya kasih sayangNYA padamu..

Semoga Allah permudahkan jalan kerjaya ku ini. Aamiin..





Menarik di sini :- Pukul 1.38 am

Tuesday 11 November 2014

10 Pesanan Dari Imam Syafie

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Harini saya nak kongsikan 10 pesanan dari Imam Syafie.

  1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
  2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
  3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
  4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.
  5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.
  6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
  7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
  8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
  9. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.
  10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
Semoga kita dapat memanfaatkan pesanan tersebut sebaik-baiknya.


Selingan

Selingan

Selingan


Menarik di sini :- Petua-Petua Kahwin