Search This Blog

Wednesday 29 April 2015

Kelalaian Menjauhkan Diri Dari Allah

Ketahuilah wahai saudaraku, sesungguhnya dosa menyebabkan kelalaian. Kelalaian menyebabkan kekerasan hati. Kekerasan hati menyebabkan jauh daripada Allah. Dan jauh daripada Allah membawa ke neraka!




Hanya orang hidup sahaja yang memikirkan perkara ini. Adapun orang mati, mereka telah membunuh diri mereka sendiri dengan cinta dunia.

(Al-Harith bin Asad al-Muhasibi).




Kredit :- iislamku.blogspot.com
Menarik di sini :- 10 Pesanan Dari Imam Syafie

YA HANA NA - Betapa Beruntungnya Kami

Ya hana na

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad 
Telah muncul agama yang didukung, dengan munculnya sang Nabi Ahmad,


يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (SAW), itulah anugerah daripada Allah SWT,

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami,

خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna,

مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW),

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami,

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW), 

وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia,

يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami,

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT,

يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami,

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama,

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan,

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami..
 

يَا هَنَانَا


Kredit :- iislamku.blogspot.com

5 TIPS Memilih SAHABAT


1) Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

2) Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

3) Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

4) Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

5) Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Mudah2han.. 

Jangan menuntut KESEMPURNAAN dalam persahabatan TERIMALAH segala kekurangan HARGAILAH setiap kelebihan. 

Kredit :- iislamku.blogspot.com

Rahsia Orang Jepun Terbongkar


Kaizen adalah konsep yang diketengahkan oleh orang Jepun yang bermaksud : perubahan kearah kebaikan sikit demi sedikit… Orang Jepun berpegang teguh kepada konsep ini sejak tamatnya Perang Dunia ke II lagi dan sehingga kini,
Jepun merupakan negara yang amat maju di Asia dan juga di mata dunia.

Untuk berjaya, anda perlu menanam konsep ini. Fikirkan diri anda sebagai jentera kearah kejayaan. Setiap hari, perbaiki hanya 1% daripada usaha anda. Esok, anda akan imrpove 2%… lusa pula 3%… dalam masa 100 hari dari sekarang sekiranya setiap hari anda dedikasikan untuk memperbaiki cuma 1% daripada usaha anda ke arah kejayaan, anda berjaya perbaiki diri anda 100% dari keadaan anda kini!

Kaizen… cuma satu perkataan, di mana tiada perkataan bahasa Malaysia ataupun Inggeris yang serupa dengannya! Itulah dianya Rahsia Orang Jepun Terbongkar


Thursday 23 April 2015

Aduan Rakyat Online

Hai.. Assalammualaikum semua. Apa khabar? semoga sihat2 aje. Moga sentiasa di dalam lindungan Allah S.W.T.

Pernah x kowg menghadapi masalah perkhidmatan atau xpuas hati dengan sesuatu perkhidmatan yg kowg langgan? kalau pernah, mesti ada yg pernah buat aduan. Ada jugak yg jenis xamik kisah, malas nak buat aduan. Btol x? kebetulan harini, ofis sy tetiba xboley call in dan call out. Jd, sy google laa no. telefon telekom. Tgh2 sibuk meng google tu, sy jumpalah link ini.. klik di sini. 

Semoga bermanfaat buat kalian. Sharing is caring. Daa Dee Duu...... ;-) 

Pupuk Fikiran Dengan Membaca

Prof Muhaya berkongsi tips memilih buku dan jenis buku yang dibaca olehnya.

Luangkan sedikit masa menonton video ini. Semoga bermanfaat.


My Retweet (Part 1)


Saat berkumpul bersama ibu, ayah dan adik beradik amat bernilai. Hargailah sebab suatu masa nanti, ia hanya tinggal kenangan.

+ Keluarga yang bahagia lebih berharga daripada emas sebesar gunung. Ia tidak boleh dijual beli selama-lamanya.

+ Yang paling memberatkan mizan (timbangan) pada hari kiamat ialah akhlak yang baik. [HR. Ahmad]

+ Takpa. Belajar slow-slow. Labuhkan tudung bawah dada dulu. Cuba pakai Stokin. Cuba pakai Handsock. Inshaallah. Lama2 kau akan suka.

+ Hari ini kita berhijrah. Esok kita kembali semula ke jalan lama. Walau seringkali tersasar. Jangan pernah berputus asa. Wahai pendosa.. :)

+ "Aku cemburu pada dia." "Siapa dia?" Wanita solehah. Solehah yang tidak menonjolkan diri sesuka hati untuk dipandang ajnabi. Sungguh, aku cemburu! 

+ "Aku nak berubah tapi hati aku ni kotor la." "Istighfarlah." "Memadai ke?" "Istighfar tanda tunduknya hati, jiwa dan fikiran kepada Allah."

+ Manusia sering berkira dengan wang dan harta, terlupa kelebihan sedekah. Bersedekahlah dan jangan bakhil.



Monday 13 April 2015

Tips Melayan Pelanggan Dengan Baik

Pelanggan adalah salah satu faktor penentu kejayaan dalam perniagaan anda. Tentunya, dengan melayan pelanggan dengan baik akan membuatkan perniagaan anda berkembang maju. Ini kerana, pelanggan yang puas hati dengan layanan anda akan membawa bakal-bakal pelanggan lain yang akan menggunakan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.
Berikut beberapa langkah untuk meningkatkan perasaan harga diri pelanggan sehingga mereka merasa dilayani secara peribadi :
1. Menyedari kehadiran pelanggan dengan segera.
2. Selalu gunakan nama pelanggan sekerap mungkin.
3. Jangan memandang rendah pelanggan, walau pun anda lebih pandai.
4. Berikan pujian dengan ikhlas dan berikan penghargaan kepada pelanggan.
5. Perlakukan pelanggan seperti raja.
Kredit :- www.usahawan.com
Menarik di sini :- Tak Tahulah Tajuk Apa