Search This Blog

Wednesday 26 August 2015

Rahsia Cemerlang Dalam Pergaulan

Orang yang cemerlang ialah orang yang hebat dalam pergaulan dan ramai kawan. Tiada kejayaan sebenar tercetus secara bersendirian. Kita amat memerlukan bantuan, teguran dan penglibatan orang lain untuk mengorak langkah menuju kejayaan. Pakar motivasi tanah air, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah telah menyenaraikan faktor-faktor yang boleh meransang kehebatan dalam pergaulan.

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik dengan kita ialah :

1. Jaga solat dan lakukan ibadah khusus dan umum yang lain.

2. Sentiasa bersangka baik dengan semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4. Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Cuba mencari 1001 sebab sebelum kita memarahi seseorang.

6. Sentiasa ceria apabila bertemu dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu sama lain.

8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan membuatkan orang lain mual terhadap kita.

9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insya-Allah orang lain akan tertarik kepada kita.

10. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan bila diri mengingati mati.

11. Sentiasa syukur dan redha di atas pemberian Tuhan.

12. Sentiasa memberi salam atau ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13. Pamerkan simpati kepada individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15. Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan keburukan dan kelemahan orang lain.

16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Bagi menarik perhatian orang lain untuk mendekati kita, maka kita sendiri perlu memperbaiki diri dan kelemahan kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan kegiatan yang boleh mensabotaj serta memudaratkan dirinya. Setiap tindak tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana :

“Orang tidak kisah setakat mana anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka”.

Tuesday 4 August 2015

Ogos weyh!

Heheheee... cepat sungguh masa berlalu. Baru rasa bulan januari, dah masuk april. Baru rasa april, dah masuk ogos. Amboiii kau miza. Over lak aiii. Melompat2 bulan ko yer. Xkisah laa, bulan apa pun. Sebenarnya nak cerita pasal kerisauan jugak laa sebab umur makin meningkat, berat badan dan saiz badan pun xnak kalah. Wakakaaa.

Mcm mana nak kurus? tengah memikir2 jugak ni. Moga mendapat petunjuk. Kadang, banyak gak tgk blog2 sebelah cara nak kecikkan peha bagai. Alaa alaa... kemain malas nak buat. Nak nulis blog ni pun kadang ikut mood, ini kan nak gi jogging 8 round bagai. Lompat bintang pn, kadang2 10x kali jer dh stop. Huhuiii, acaner nak kurus kaannnnn.

Impian nak kurus ni bermula lama dah. Ntah bila akan menjadi kenyataan xtahulah. Dalam kesibukan, kadang curi2 masa gak nulis blog yg makin menebal sawangnya ni. Tapi, layankan jelaa kan. Ada masa dan rasa, kita tulis. Xdak rasa dan masa, esok masih ada masa.

Tajuk soon, nantikanlah yer sampai kowang berjanggut. Kalau sampai masa mood nak menulis tu ada, jgn risau, pasti sampai berjanggut uolls baca. Skrg mood nak pi google2 jap, okbye!~