Search This Blog

Wednesday 31 October 2012

Bahaya Fitnah Dalam Hidup

SEBAGAI manusia, selagi hidup kita akan berinteraksi dengan orang lain. Setiap hari kita berkomunikasi dengan orang di sekeliling dan dari situ kita dapat memproses maklumat serta membina hubungan dalam bermasyarakat. 
Orang yang enggan berinteraksi sebenarnya adalah orang yang tidak berada dalam realiti kehidupan yang hakiki dan dia sebenarnya tidak menunaikan tuntutan sebagai manusia.
Orang yang suka bersendirian akan lebih terdedah kepada hasutan syaitan sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW : “Sesungguhnya syaitan itu seperti serigala kepada manusia sebagaimana serigala kepada ternakan. Ia menerkam kambing yang bersendirian dan terpencil. Maka, jauhilah kamu daripada berpecah belah, dan wajiblah kamu bersama-sama jemaah, orang ramai dan masjid.” (riwayat Ahmad)
Namun, dalam kehidupan bermasyarakat, kita perlu menjaga akhlak dalam percakapan dengan orang lain. Ketika berkomunikasi, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah kebenaran fakta yang disampaikan kepada kita dan sejauh mana ketepatan maklumat yang kita sampaikan kepada orang lain.
Bak kata pepatah “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya”.
Islam menganggap fitnah satu daripada sifat mazmumah (tercela) dan dilarang Allah seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:
  • Fitnah itu lebih bahaya daripada pembunuhan. (al-Baqarah: 191)
  • Jangan kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang gemar menyebarkan fitnah. (al-Qalam: 29)
Oleh itu, kita perlu menjaga dua perkara dalam berinteraksi iaitu input dan output. Di kebanyakan waktu dan ketika, kita perlu mempunyai usaha dalam menapis maklumat yang diterima.
Justeru, Allah SWT memerintahkan kita untuk tabayyun iaitu menganalisis dan mengkaji terlebih dahulu maklumat yang kita perolehi. Firman Allah SWT yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (al-Hujurat : 6)
Sikap tabayyun ini sangat perlu kerana berkemungkinan maklumat yang sampai kepada kita adalah tidak benar ataupun merupakan fitnah yang sengaja diciptakan untuk memburukkan seseorang.
Dalam hal ini pendekatan yang betul sangat penting agar kita tidak terperangkap. Justeru, apabila menerima satu-satu maklumat jangan mudah menerimanya tanpa terlebih dahulu dipastikan kebenarannya atau difahami maklumat berkenaan.
Sebagai contoh, seorang hakim tidak boleh membuat keputusan tanpa bersikap adil dalam memperolehi maklumat. Justeru, hakim perlu memanggil kedua-dua pihak sama ada tertuduh atau yang menuduh.
Kita tidak boleh menghukum seseorang dengan sentimen. Islam mengajar kita menghukum berdasarkan maklumat yang tepat.
Ia seperti yang disebut dalam satu kaedah, “Menjatuhkan satu-satu hukuman dalam sesuatu perkara hendaklah berdasarkan tasawur yang jelas tentang perkara tersebut”.
Dalam sejarah umat Islam, kita menyaksikan betapa fitnah membawa bencana dan malapetaka dalam masyarakat. Fitnah inilah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman r.a yang dituduh menjalankan dasar kronisme dan nepotisme dalam pentadbirannya.
Fitnah juga menyebabkan berlaku pertembungan di antara para sahabat besar seperti Saidina Ali bin Abi Talib r.a dan Muawiyah bin Abi Sufyan r.a.
Munir al-Ghadban menyebut dalam kitabnya berkenaan Muawiyah bin Abi Sufyan : “Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi di dalam sejarah umat Islam yang terdiri daripada kalangan para sahabat yang awal, yang ditarbiah dengan tangan Rasulullah SAW dan mereka yang hidup dengan wahyu langit, lalu diperburukkan, dibohongi mengenainya dan didustakan kepadanya seperti yang terkena pada Muawiyah bin Abi Sufyan r.a…”

Menarik di sini :- Lipas 2012

Rasa Syukur

Assalammualaikum Dan Selamat Pagi Khamis Yang Damai.
Alhamdulillah, Aku Masih Lagi Diberi Peluang Pernafasan Yang Sempurna Pagi Tadi (Masa Bangun Tidur) Walaupun, Nafas Tersekat-Sekat (Akibat Kekeringan Benih Di Dalam Hidung).

Syukur.. Syukur.. Syukur Sangat2.

Bercerita Mengenai Syukur Nieh, Aku Teringatkan Segala Laluan Hidup Aku Yang Pernah Aku Lalui, Baik Manis Mahupun Pahit. Mungkin Adakala Aku Terasa Pahitnya, Dan Orang Keliling Yang Melihat, Manis-Manis Buah Gitu. Ada Yang Melihat Pahit, Akan Tetapi Aku Bahagia Sebenarnya.

Hidup Ni, Kita Tidak Boleh Nak Menipu Diri Sendiri. Sedangkan Orang Kaya Yang Terlalu Kaya Dan Banyak Duit Pun Bermasalah, Inikan Aku Yang Biasa2 Yang Hidup Yang Biasa-Biasa.

Ujian Dan Masalah Sering Dihadapi Oleh Setiap Manusia. Sedangkan Binatang Pun Allah Hantar Masalah Untuknya. If Xde Masalah, Hidup Memang Sangat Boring. Mendatar Jeee, Xde Turun Naik Mesti Xsyiokkkkan.

Memujuk Hati Sendiri, Memang Hobi Aku Sejak Akhir2 Ini. Apakan Daya, Cara Motivasi Diri Sendiri Masing2kan Berlainankan. Apepun Yang Berlaku Aku Redha. Ingatlah, Ade Orang Yang Pastinya Lebih Susah Dari Kita.


# Insyallah.....

Menarik di sini :- Bahaya Fitnah Dalam Hidup


Sunday 7 October 2012

Tak Tahulah Tajuk Apa

Assalammualaikum dan Selamat Pagi. OooooYeayyyyy....

Harini hari isnin lagik. Aku tersangatlah xberminat. Tp, apakan daya.. aku kenalah jugak tempuh walaupun, dalam fikiran ni teringatkan katil2 dan bantal2 di rumah.

Pagi ni, aku dah letak segala kerja2 yg dh siap atas meja Kak Ina (Pegawai) tempat aku bekerja. Lps letak jeee, Kak Su (PT Tetap) ckp Kak Ina xdtg harini. Haji plak xde spai hari khamis. Aku ape lagi, plan buat blog laaa pagi ni, walaupun byk lagi borang pertukaran yang hendak di key in sebenarnya. Keh.. Keh.. Keh.

Pagi ni, saje buat research kat google. Taip "Cara Menjawab Telefon". Agak kelakar jgklah. Tp, xsesuai utk dijadikan tauladan. Jgn buat tau. Haha!~

Soalan : Haloo, siapa disana?
Jawapan : Ntah. saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..

Soalan : Haloo, tolong panggilkan Samad. saya nak bercakap dengannya.
Jawapan : Sila panggil sendiri. saya sibuk. maap.

Soalan : Halloo.....
Jawapan : Haloo. Pusat sakit mental di sini. Anda ingin mendaftar?

Memang lucu bile baca. Kadang2 rasa nak jawabnye cara mcm ni bila banyak sangat panggilan phone berbunyi. Xbaiknye mengeluh. Grrrrrr......... Hihi. Tapi, secara logiknya memang menyakitkan kalo siapa yg kena. Btol x? Melainkan kawan2 yg kita dh biasa. Hehehe. Lepas pada tu, sy agak berminat nak buat research tentang "Budi Bahasa Budaya Kita". Agak tertarik dengan poster2 berikut.....






Okey, yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Tiada manusia sempurna. Apepun yg berlaku, SENYUMMMMM.... (tak perlu kata apa-apa). Mudah2hannnn....