Anas r.a berkata bahawa 8 jenis pahala yang tetap diterima seorang hamba Allah walaupun dia telah 
meninggal dunia iaitu :
SATU  Sesiapa yang mendirikan masjid tetap mendapat pahala selagi masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beribadat.
DUA – Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang meminumnya.
TIGA – Sesiapa yang menulis mashaf (naskah Al-Quran yang bertulis tangan) selagi ada orang membacanya.
EMPAT – Sesiapa yang menggali perigi selagi ada orang menggunakannya.
LIMA – Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya samada manusia atau haiwan.
ENAM – Mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
TUJUH – Ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang mana si anak selalu beristighfar dan mendoakan kedua-dua orang tuanya.
LAPAN – Guru Al-Quran yang mengajar ilmu kitab suci kepada muridnya dan si murid mengamalkan ajaran tersebut tanpa sedikitpun mengurangkan pahalanya.
Mari kita rebut ‘saham’ ini untuk bekalan akhirat kita. InsyaAllah
Wallahu ‘alam.