Search This Blog

Wednesday, 1 October 2014

7 Minuman Berkhasiat Sebagai Pengganti Air Masak


Rasanya semua orang tahu air masak merupakan kunci utama hidup sihat. Minum lapan  gelas air putih setiap hari dapat mencegah kita dari terkena penyakit. Tapi kalau minum air masak je hampir setiap masa mesti tekak kita pon jadi jemu. Kan.. kan.. kan. Memang ade betulnya. Huhu. Teringat pula saat ini, saya dalam proses memaksa diri untuk habiskan air masak sebanyak 3 liter dalam sehari. Huuuu, hampir2 naik muntah jugaklah. Kadang2 berjaya dalam 2 liter je pun. Tp xpe, jom kita baca ilmu dari penpatah.blogspot.com yg baru saya perolehi ni untuk perkongsian bersama.
Selain daripada air masak, banyak lagi minuman sihat yang dapat mengekalkan kesihatan kita disamping menghilangkan dahaga. Antaranya :-
JUS OREN

Antioksidan pada jus oren ini membantu melindungi jantung kita dengan memerangi peradangan yang dapat menyebabkan kerosakan pembuluh darah. Orang yang makan makanan dengan segelas jus oren mendapat lebih sedikit zat untuk  melindungi arteri dalam darah. Tapi kena ingat kandungan gula pon perlu diambil kira, jadi lebih baik minum jus tanpa gula.

Psss :- Jarang saya minum jus oren. Kalo minum pn di kedai. Tp kekurangannya jika minum di kedai, kita xtahu berapa banyak kandungan gula yang diletakkan. Yer x? So, baik buat jus oren sendiri. In Sha Allah, usaha untuk rajin di masa akan datang. Ngeeee.... 
TEH CHAMOMILE
Selain menghilangkan dahaga teh chamomile boleh membuatkan kita tenang. Orang yang meneguk ekstrak chamomile setiap hari selama dua bulan akan dapat mengurangkan kecemasan di dalam dirinya, (sebuah laporan ujikaji dari University of Pennsylvania di Philadelphia).

Psss :-  Memang setiap hari kat rumah sy sentiasa tersedia teh. Tp bukan teh chamomile. Keliru jap, Ape bezanya dgn teh yg biasa aku minum tuuu. Huhu. 
JUS CRANBERRY
Segelas jus Cranberry dapat mencegah penyakit gusi dengan membunuh bakteria yang datang dari mulut. Jus Cranberry juga kaya dengan vitamin C, mengurangkan tekanan kolesterol dan menjaga saluran darah kita dengan baik.

Psss :- Memang pertama kali dengar jus crenberry nieh. Hihi. Akan dtg kalo gi tesco atau mana2 nak carilah. Harap2 sedaplah jus ni kan. Huhu.
SUSU COKLAT
Segelas susu coklat mempunyai tinggi karbohidrat dan protein, membolehkan kita segar selepas menjalani aktiviti harian. Kajian dari American College of Sports Medicine di Seattle mengatakan atlet yang minum susu coklat selepas latihan dapat  mengurangkan kadar kerosakan otot setelah empat hari mejalani latihan berbanding mereka yang minum air masak atau minuman pemulihan lainnya. Bancuh susu dengan hanya 2 sudu coklat yang memiliki kurang dari 20 g gula dan minum. Selain dapat hilangkan dahaga, badan juga terasa lebih segar dan bertenaga.

Psss :- Teringat pernah sekali 1 hari tu saya minum susu coklat waktu pagi. Dibeli di Tesco Puchong. Memang kenyang 1 hari dan rasa bertenaga. Tp, kalau beli kena minum cepat2. Maksudnya, susu ni saya xboleh minum dh selepas 3 hari pembelian. Rasa lain mcm. Mmg mengenyangkan susu coklat ni. Salah 1 kegemaran saya..... :-) 
TEH HIJAU
Teh hijau dikatakan membantu dalam mengawal berat badan. Tikus yang di uji minum teh hijau sebanyak 22% turun berat badan daripada hari sebelum minum teh hijau. Menurut kajian di Jurnal International Obesiti  minuman ini dapat meningkatkan metabolisme kita dan menjadikan lemak dalam tubuh mudah terbakar. Selain itu, antioksidan dalam teh hijau juga dapat mengurangi risiko terkena kanser dan penyakit jantung.

Psss :- Ok fine. Sangat pahit kalau minum tanpa gula. Saya pernah cuba teh hijau cap orang kampung. Beli kat Mydin Subang. Minum pun dalam 2 hari je. Lepas ni kena paksa diri habiskan jugak bg mengelak dari pembaziran. Huhu. 
JUS TOMATO
Jus tomato dapat menurunkan risiko kanser dalam tubuh kita kerana kandungan dalam buah ini sarat vitamin dan lycopene, yang mampu melindungi sel badan daripada dari kanser. Jus tomato boleh diminum dengan tambahan rempah-rempah dan batang seledri setiap hari.

Psss :- Memang xpernah cuba pulak jus tomato ni walaupun tomato ni kegemaran saya. Huhu. Sebut pasal tomato, bestnyeeeeeeeeee kalau dapat cicah dgn sambal belacan. Tetiba rasa lapar pulak. 
TEH HITAM
Salah satu kebaikan teh hitam ialah dapat membantu menangkis kanser kulit. Kandungan yang terdiri dari flavonoid, iaitu antioksidan yang membawa zat antikanser. Kajian menunjukkan bahawa meneguk satu cawan teh atau lebih dalam sehari dapat menurunkan risiko penumbuhan sel karsinoma skuamosa iaitu sel kanser kulit di dalam tubuh. Panas atau sejuk, teh hitam adalah minuman yang bagus untuk merawat kulit.

Psss :- Agak menakutkan utk cuba. Mungkin sebab xpernah minum. Tp pertama kalilah saya dengar teh hitam ni. Nanti kena cari ni. Bagus utk kulit. Hihik...... :-) 
+ Bukan semua orang yang tegar jadikan air masak sebagai minuman rutin. Sesekali kenalah hadiahkan tekak kita dengan sesuatu yang lain jugak.. :P +

1 comment:

  1. Jus oren dan susu coklat sedap.. apapun air kosong tetap terbaik.. lebih suka minum air kosong di rumah..

    ReplyDelete