Search This Blog

Wednesday 24 June 2015

Apa Maksud Ramadhan Al-Kareem & Ramadhan Al-Mubarak


Apa maksud Ramadhan Al-Kareem & Ramadhan Al-Mubarak.

Kedua-dua kalimat Ramadhan Al-Kareem dan Ramadhan Al-Mubarak sebenarnya adalah kalimat2 yang digunakan dalam mengalu-alu dan membesar-besarkan nikmat bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini.

1) Ramadhan Al-Kareem (Ramadhan yang mulia)... dijawab dengan... Allahu Akram (Sesungguhnya Allah yang memuliakannya).
2) Ramadhan Al-Mubarak (Ramadhan yang penuh keberkatan).

Tiada ucapan khusus utk menyambut kadatangan Ramadhan. Maka boleh mengucapkan yg demikian itu asalkan ucapan2 itu tidak mengandungi maksud2 yg batil.

Dalilnya : Nabi saw sering memberitahu berita gembira menjelang Ramadhan kpd para sahabatnya :
"Tibalah kepada kamu sekarang Ramadhan, bulan penuh rahmat" (ataakum Ramadhaan, syahrun mubarakun) ~ HR anNasa'iy dari Abi Hurayrah Ra ~

Pentingnya Adab Berbicara

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia. Chewah, mcm Perdana Menteri pulak. Alhamulillah.. kita telah masuk ke bulan Ramadhan Al-Kareem. Harini merupakan puasa admin yg ke-8. Alhamdulillah, puasa ke-8 baru berkesempatan utk update blog. Feeling thankful sebab Allah masih memberi kita semua untuk bernafas serta diberi kesihatan yang baik dan kehidupan yang sejahtera.  

Sebelum ni, apa yg kita dapat lihat, pelbagai generasi bebas dalam berbicara, tak kiralah secara lisan atau di mana-mana media sosial iaitu di alam maya. Apa yg admin dapati, kadang2 tahap bicara mereka yg bebas itu lebih banyak keburukan dari kebaikan lagi2 mereka bebas berbicara tanpa diawasi oleh ibubapa mereka sendiri. Xpelah, admin xnak cerita panjang. Di sini ada sedikit perkongsian dari admin mengenai "pentingnya adab berbicara yg admin amik point2 penting dari blog sebelah utk perkongsian bersama. 
Pernah dengar pepatah 'kerana mulut badan binasa'...?? Maksudnya?? Carilah sendiri.... 

"Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yang menjauhkan diri daripada perbicaraan yang tidak berguna."

(Surah al-Mukminun : 1-3)

Abdullah ibnu Abbas r.a. mengatakan: "Ada lima perkara yang lebih baik bagi mereka daripada kuda liar yang dibiarkan diam."

Pertama :: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu yang tidak mengenai dirimu kerana hal itu merupakan perbicaraan yang tidak perlu dan aku tidak menjamin engkau akan selamat daripada dosa.

Kedua :: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu sebelum engkau mengetahui saatnya yang tepat sebab mungkin orang berbicara tentang sesuatu yang penting baginya tetapi kerana dilakukan tidak tepat pada waktunya boleh menimbulkan hal-hal yang memalukan.

Ketiga :: Janganlah engkau berdebat dengan orang yang sabar atau bijaksana dan juga dengan orang yang berperangai buruk sebab orang yang sabar tidak akan menghiraukan dirimu manakala orang yang berperangai buruk akan menyakiti hatimu.

Keempat :: Ceritakanlah kepada saudaramu yang tidak hadir tentang apa yang engkau sendiri ingin dia ceritakan kepadamu dan maafkanlah dia seperti engkau sendiri ingin dimaafkan olehnya.

Kelima :: Buatlah seperti orang yang benar-benar sedar bahawa perbuatan itu akan mendatangkan kebajikan dan tidak akan mendatangkan dosa atau kesalahan. (Ibnu Abi Dunya).

Oleh itu kita harus menguasai lidah kerana seseorang itu boleh terjerumus ke lembah yang hina disebabkan lidahnya yang tidak terkawal. Orang yang berbicara tanpa kawalan akan kehilangan arah. Atas keprihatinan ini, Islam menggariskan tatacara dan adab berbicara agar umatnya sentiasa berada dalam lingkungan keredhaan ALLAH SWT.

Wallahu'alam..
InsyaALLAH..


Thursday 11 June 2015

♥ Colours Rainbow ♥














10 Renungan Buat Mereka Yang Ditimpa Ujian / Musibah

Ujian, musibah, dugaan dan cabaran akan mendatangi diri setiap manusia tidak kira waktu dan tempat. Ia akan datang pada sesiapa sahaja. Tidak kiralah samada dia raja, sultan, menteri, orang kaya, orang miskin, orang dewasa, remaja ataupun kanak-kanak. Semuanya akan diuji.


Kesusahan itu ujian. Kesenangan pun ujian. Pandai itu ujian. Kurang pandai pun ujian. Cantik itu ujian. Hodoh pun ujian. Ada sesiapa yang nak kata bahawa dia tidak pernah di uji?? Sila angkat 'keyboard'mu. Aku mahu lihat....

ALLAH SWT berfirman;
 "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada kamilah kamu dikembalikan." 
(QS Al-Anbiyaa': 35)

Memang dunia ini adalah medan ujian…kehidupan ini adalah medan perjuangan…ALLAH SWT berfirman; 
 Maha suci Allah yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup,supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" (QS Al-Mulk : 1-2)


Namun begitu, ada yang tidak mampu menghadapi ujian yang diberikan malahan mempertikai serta tidak redha akan ketentuan-NYA. 

Jadi, apakah perkara yang perlu dilakukan jika musibah atau ujian tersebut menimpa diri kita?

Di sini ingin aku kongsikan beberapa renungan khas untuk mereka yang sedang ditimpa musibah, sudah ditimpa musibah atau mereka yang akan ditimpa musibah. Semua itu datangnya dari ALLAH SWT. 
Ingatlah bahawa ALLAH SWT sayang dan kasih akan kita...

Berikut adalah 10 perkara yang perlu direnungkan oleh anda jika anda ditimpa musibah atau ujian :-

Pertama :: Yakinlah bahawa ada insan lain juga yang turut diuji. Ada yang diuji dengan kemiskinan. Ada yang diuji dengan harta, jabatan, dan kekuasaan. Ada yang diuji dengan isteri yang berakhlak buruk. Ada wanita yang diuji dengan suami jahat. Ada wanita yang diuji dengan mertua jahat. Ada yang diuji dengan ibunya sendiri dan terlalu banyak jenis ujian yang menimpa diri manusia. Maka sebagaimana manusia-manusia yang lain ditimpa musibah/ujian yang beraneka ragam. Begitu jugalah ujian/musibah yang akan menimpa diri kamu.

Kedua :: Sabarlah dengan ujian yang sedang kamu hadapi. Alhamdulillah anda masih mampu memikulnya. Boleh jadi jika anda diuji dengan ujian yang lain maka anda tidak akan mampu menghadapinya. Yakinlah bahawa tidaklah ALLAH menguji akan hambanya kecuali dengan ujian yang mampu dihadapi olehnya.

Ketiga :: Terkadang syaitan membisikkan kepada kamu bahawa ujian yang kamu hadapi sangatlah berat dan tidak mungkin untuk kamu pikul. Maka ingatlah bahawa saat ini masih terlalu banyak orang yang diuji dengan ujian yang jauh lebih berat dengan ujian yang sedang kamu hadapi.

Keempat :: Bukankah ujian jika dihadapi dengan kesabaran maka akan menghapus dosa-dosa dan meninggikan darjat?

Kelima :: Bahkan boleh jadi ALLAH mengkehendaki kamu untuk meraih sebuah tempat yang tinggi di syurga yang tidak mungkin kamu perolehi dengan hanya sekadar amalan-amalan soleh kamu.

Keenam :: Ingatlah… dengan ujian terkadang kita baru sadar bahwasanya kita ini sangatlah lemah dan selalu butuh kepada Allah Yang Maha Kuasa. Terkadang kita baru mengenal yang namanya khusyu' dalam sholat…kita baru bisa merasakan kerendahan yang disertai deraian air mata…kita baru bisa merasakan nikmatnya ibadah…tatkala ujian datang…tatkala musibah menerpa.

Ketujuh :: Ingatlah, dengan ujian atau musibah yang menimpa kita terkadang menghilangkan sifat ujub pada diri kita. Kerana tatkala kita rajin beribadah dan selalu mendapatkan kenikmatan terkadang timbul ujub dalam diri kita dengan merasa bahawa diri kita hebat dan selalu beruntung. Jangan sampai kita tersalah persepsi dengan menganggap tanda kecintaan ALLAH kepada seorang hamba adalah tidak ditimpanya hamba tersebut dengan musibah.

Kelapan :: Bersangka baiklah kepada ALLAH, yakinlah bahawa disebalik ujian dan musibah yang menimpamu ada kebaikan dan hikmah. Justeru itu, jika ujian tersebut tidak datang dan jika musibah tersebut tidak menimpamu maka akan lebih buruk keadaanmu. ALLAH SWT berfirman :
"Dan boleh jadi kalian membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kalian." 
(QS Al-Baqarah : 216)

Kesembilan :: Bahkan boleh jadi musibah atau ujian yang kita benci tersebut akan mendatangkan banyak kebaikan. ALLAH SWT berfirman :
 "Maka mungkin kalian membenci sesuatu padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak." 
(QS An-Nisaa : 19)

Kesepuluh :: Ingatlah bahawasanya tidak ada istilah istirehat sepenuhnya dan kegembiraan sepenuhnya kecuali di akhirat kelak. Selama kamu masih hidup di dunia ini maka persiapkanlah diri kamu dengan ujian yang akan mendatang. Bersabarlah demi meraih ketenteraman dan kebahagiaan abadi di syurga nanti. Ada orang awam yang berkata, "Kalau mahu hidup di dunia harus bersedia diuji. Kalau tidak mahu diuji, jangan hidup di dunia!!!"

♥ Allah ♥












Tuesday 9 June 2015

My Tweet (Part 1)


+ :: Mak kau hijau ::

+ :: CREATIVE PEOPLE ::
1- Easily bored. 2- Risk takers. 3- Colour outside the lines.

+ :: I'm in love with u & all ur little things ::

+ :: Ho hey. Every day, do something u really enjoy! ::

+ :: Aku suka twitter sbb aku rasa bebas bagaikan burung berterbangan :: 

+ :: Gebu-Gebu Manis ::

+ :: Keep harmony ::

+ :: KEHARMONIAN HUBUNGAN SESAMA MANUSIA HARUS KITA JAGA ::

+ :: Hidup ini adalah DIY ~ Do It Yourself...!!! ::

+ :: Seluar longgar. Feeling kurus :: 

+ :: Whatever u do, don't look down ::

+ :: Wake up and be awesome ::

+ :: U don't always need a plan. Sometimes u just need to breathe, trust, let go & see what happens ::

+ :: YA RAHMAN
= Yang Maha Pengasih

+ :: Harini perkara apa yg korg dh buat ibubapa korg tersenyum bahagia? ::

+ :: Asma'ul Husna. Barang siapa menghafalnya nescaya akan dimasukkan ke dalam syurga. (Hadis Riwayat Imam Bukhari) ::

+ :: Feel free... ::



Monday 8 June 2015

Hargailah Lelaki Seperti Ini dan Terima Mereka Seadanya

Tak semua "cinta" yg Allah bg pinjam dekat kita tu akan kekal selamanya. Apa yg pasti, dalam setiap cerita tu ada pengajarannya...

Setiap orang yang datang dan pergi dalam hidup kita, ada pengajarannya. Mungkin untuk kita belajar menghargai, dan mungkin juga untuk kita belajar tabah setelah dilukai... 

Berbalik kpd tajuk, hargailah lelaki seperti ini dan terima mereka seadanya. Tak ramai lelaki seperti ini.

♥:: Kecantikan kamu diketepikan. Keikhlasan kamu diutamakan.

:: Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

♥:: Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

:: Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah. Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.

:: Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.

:: Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja.

♥:: Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.

:: Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

:: Tidak suka kamu memakai seksi atau berselfie di laman sosial kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain. 

:: Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

:: Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

:: Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

:: Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

:: Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

:: Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.

HARGAILAH LELAKI dan terimalah mereka seadanya. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

# Hashtag dunia penjara bagi orang yg beriman #

Menarik di sini :- Tip Gembira Selalu :)

Friday 5 June 2015

Tip Gembira Selalu :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Apabila kita rasa gembira, pada suatu masa dan 
kita berkata, "Saya sangat gembira."
Katakan dengan kerap kali, beratus kali sehari jika
anda nak. Sentiasa mengatakan ayat ini, tapi
mungkin katakan dengan nada perlahan....
Sebut satu-satu perkataan dengan jelas
"...SAYA SANGAT GEMBIRA...."

Rasakan dengan penuh bermakna ketika anda menyebutnya satu persatu. Bayangkan kegembiraan itu.
Bina perasaan itu pada setiap hari anda. Anda akan rasa bertambah baik dan lebih baik...

Rasakan kegembiraan dalam diri anda lebih daripada luaran anda dan anda akan mengubah luaran anda
dengan pantas.

Kegembiraan akan menarik kegembiraan.


Wassalam.


Tuesday 2 June 2015

My Retweet (Part 3)


Thankful for the people that never left my side.

+ Never give up on the things that make you smile.

+ Life is too short not to be happy.

+ Be patient. Good things come to those who wait.

+ Bila berkawan dgn org positive, secara automatik kita akan jadi positive. Berkawan kena la memilih. Kalau salah pilih, sampah lah jadinya.

+ Minyak naik lagi. Tahniah BN!

+ Takada kerja, guling ja la atas katil.

+ Kamu adalah umat yang terbaik yg dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yg ma'ruf dan mencegah dari yg munkar [QS 'Ali`Imran : 110].

+ Niat yg baik, Allah permudahkan.

+ "InsyaAllah, orang yg sabar akan dapat apa yg diinginkan" :)

+ "Dengan bersyukur akan menjadikan kita lebih bahagia.." ヅ

+ "Ya Allah… tetapkanlah hatiku dalam mendidik diriku menjadi wanita yang cantik dimataMu.."

+ "Ya Rabb... jadikan kehidupan kami dalam kebermanfaatan & penuh kasih sayang.."

+ Hidup ini indah.. andai kita memandangnya dgn indah. Hidup ini derita.. andai kita memandangnya sebagai satu penderitaan yg tak berkesudahan.

+ Insyaallah, jika niat kita betul, pasti Allah akan makbulkan.

+ Hargai rezeki yg kita punya, biar pun tak banyak mana asalkan berkat.. \^^/

+ Berpimpin tangan menuju ke Syurga.. InsyaAllah.. :)

+ Berbahagialah ibu bapa yang memiliki anak soleh.. :)

+ "Allah dah susun cantik cantik jalan cerita kita, La Tahzan"

+ "Tak sia-sia orang yang mengusahakan sesuatu dengan sabar"

+ "Barang siapa tidak meghargai nikmat, maka nikmat itu akan diambil dalam keadaan ia tidak mengetahuinya"

+ Sama sama kita muhasabah diri kita. Allah tidak menciptakan tiap-tiap sesuatu itu dgn sia-sia. Lihatlah kuasa Allah yg Maha Teliti ini.