Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia. Chewah, mcm Perdana Menteri pulak. Alhamulillah.. kita telah masuk ke bulan Ramadhan Al-Kareem. Harini merupakan puasa admin yg ke-8. Alhamdulillah, puasa ke-8 baru berkesempatan utk update blog. Feeling thankful sebab Allah masih memberi kita semua untuk bernafas serta diberi kesihatan yang baik dan kehidupan yang sejahtera.
Sebelum ni, apa yg kita dapat lihat, pelbagai generasi bebas dalam berbicara, tak kiralah secara lisan atau di mana-mana media sosial iaitu di alam maya. Apa yg admin dapati, kadang2 tahap bicara mereka yg bebas itu lebih banyak keburukan dari kebaikan lagi2 mereka bebas berbicara tanpa diawasi oleh ibubapa mereka sendiri. Xpelah, admin xnak cerita panjang. Di sini ada sedikit perkongsian dari admin mengenai "pentingnya adab berbicara yg admin amik point2 penting dari blog sebelah utk perkongsian bersama.
Pernah dengar pepatah 'kerana mulut badan binasa'...?? Maksudnya?? Carilah sendiri....
"Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yang menjauhkan diri daripada perbicaraan yang tidak berguna."
(Surah al-Mukminun : 1-3)
Abdullah ibnu Abbas r.a. mengatakan: "Ada lima perkara yang lebih baik bagi mereka daripada kuda liar yang dibiarkan diam."
Pertama :: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu yang tidak mengenai dirimu kerana hal itu merupakan perbicaraan yang tidak perlu dan aku tidak menjamin engkau akan selamat daripada dosa.
Kedua :: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu sebelum engkau mengetahui saatnya yang tepat sebab mungkin orang berbicara tentang sesuatu yang penting baginya tetapi kerana dilakukan tidak tepat pada waktunya boleh menimbulkan hal-hal yang memalukan.
Ketiga :: Janganlah engkau berdebat dengan orang yang sabar atau bijaksana dan juga dengan orang yang berperangai buruk sebab orang yang sabar tidak akan menghiraukan dirimu manakala orang yang berperangai buruk akan menyakiti hatimu.
Keempat :: Ceritakanlah kepada saudaramu yang tidak hadir tentang apa yang engkau sendiri ingin dia ceritakan kepadamu dan maafkanlah dia seperti engkau sendiri ingin dimaafkan olehnya.
Kelima :: Buatlah seperti orang yang benar-benar sedar bahawa perbuatan itu akan mendatangkan kebajikan dan tidak akan mendatangkan dosa atau kesalahan. (Ibnu Abi Dunya).
Oleh itu kita harus menguasai lidah kerana seseorang itu boleh terjerumus ke lembah yang hina disebabkan lidahnya yang tidak terkawal. Orang yang berbicara tanpa kawalan akan kehilangan arah. Atas keprihatinan ini, Islam menggariskan tatacara dan adab berbicara agar umatnya sentiasa berada dalam lingkungan keredhaan ALLAH SWT.
Wallahu'alam..

InsyaALLAH..
Kredit :- kum-pun.blogspot.com
Menarik di sini :- Maksud Ramadhan Al-Kareem & Ramadhan Al-Mubarak
No comments:
Post a Comment