Search This Blog

Thursday 2 October 2014

Kongsi Resepi Ayam Masak Merah



Ermmmmmmmm... ermmmmmm...... Bukan main seronok lg saya cuci mata tengok masakan ayam masak merah seperti di atas. Disebabkan bosan2, saya google makanan kegemaran saya. Berikut adalah hasil perkongsian resepi ayam masak merah dari blog sebelah. Saya cuma bantu panjang2kan jer. In Sha Allah, akan datang saya akan share resepi dari saya pulak yer. Al-maklumlah, saya ni bukan pakar memasak ssangat. Ngeh3....................

Secara positifnya, manalah tahu saya akan jadi pakar dalam masakan dengan teori pemerhatian dan kajian saya sendiri. Kan.. kan. Harap2lah kan. Setakat ini, saya hanya sekadar pakar dalam "menghabiskan makanan jer". Huhu. 

Dahhhh... sebelum melalut dengan lebih panjang. Nahhhh......

Resepi Ayam Masak Merah

~ 1 ekor Ayam (dipotong dan di bersihkan) 
~ 1 sudu makan serbuk kunyit
~ 1 sudu teh garam halus
~ minyak untuk menggoreng secukupnya


* Ayam yang telah dibersihkan digaul dengan serbuk kunyit dan garam lalu di goreng  masak dan ketepikan. Jangan goreng terlalu masak dan garing kerana ayam anda akan keras dan sukar untuk di makan.
Bahan sambal

~ 10-20 biji cili kering (boleh adjust ikut citarasa)
~ 1 inci halia
~ 2 labu bawang besar
~ 5 ulas bawang putih
~ 2 batang serai (boleh di kisar sekali atau di titik sahaja)
~ 3-4 biji buah tomato (kisar dengan sedikit air)
~ 1/2 cawan susu cair
~ garam, gula, perasa
~ daun ketumbar (tabur)
Cara membuatnya

1. Kisar cili kering, bawang, bawang putih, serai dan halia.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan naik minyak kemudian masukkan tomato kisar dan susu cair, kacau.
3. Sesuaikan rasa dan jika kepekatannya agak sesuai masukkan ayam goreng tadi.
4. Kacau sebati dan angkat. Taburkan dengan daun ketumbar ketika menghidang.

Selamat mencuba!
Hahhhh.... siap ade wish selamat mencuba lagi. Jadi, ape tunggu lagi! Anda tolong masakkan.. saya makan. Ok kan. kan.. kan. Nyum3. Ok, semoga dapat ketemu lagi.



2 comments:

  1. Assalamualaikum.. salam perkenalan.. dah masak 3 hari lepas.. ikut permintaan anak2..

    ReplyDelete
  2. Wsalam. Wahhhhh... hebat. Mesti sedapkan.

    ReplyDelete