Perasaan lapar cenderung untuk membuatkan kita makan dengan banyak lantas gagal mengawal pemakan. Dengan memakan makanan yang membuatkan anda cepat kenyang, pasti ia dapat membantu anda mengawal jumlah makanan yang diambil. Selain itu, ia juga akan membantu anda untuk mendapatkan diet yang yang seimbang. Jadi, apakah makanan yang membuatkan anda berasa cepat kenyang?
(1) Telur
Hasil kajian menunjukkan bahawa seseorang yang memakan telur pada waktu pagi akan membantu mereka untuk mengurangkan lagi berat badan. Ini kerana anda telah mendapatkan protein yang secukupnya untuk mengelakkan daripada berasa lapar. Selain itu, telur juga mampu memberi anda lebih tenaga berbanding makanan yang lain.
(2) Sup sayur-sayuran
Makanan yang mengandungi banyak kandungan air sememangnya akan memberikan anda efek cepat kenyang. Khasiat yang ada pada sayur-sayuran pula akan dapat membantu anda untuk mendapatkan tenaga, zat dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan.
(3) Gandum
Hanya dengan setengah cawan gandum, ia dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada tubuh badan seseorang dan mampu bertahan dalam jangkamasa 4-6 jam.
(4) Epal
Sekiranya anda seorang yang tidak gemar mengambil sarapan, apa kata anda cuba memulakan hari anda dengan sebiji epal. Kerana epal dapat membantu untuk memberikan tenaga kepada anda sehingga waktu makan tengah hari.
(5) Kekacang
Kacang sangat kaya dengan kandungan protein. Dan biasanya protien akan membantu anda untuk berasa lebih cepat kenyang. Dan ini membuat kan anda makan sedikit sahaja.
Untuk yang masih mencuba untuk menurunkan berat badan, mungkin tips ini dapat membantu dalam merealisasikan impian anda. Dan untuk yang sedang berjimat dan mudah berasa lapar ianya juga sesuai untuk anda. Selamat mencuba!
Selingan
|
Kredit :- penpatah.blogspot.com
Menarik di sini :- TIPS Pengurusan Kewangan Bagi Pasangan Baru Berkahwin
Lain-lain :- Pukul 1.38 am
Menarik di sini :- TIPS Pengurusan Kewangan Bagi Pasangan Baru Berkahwin
Lain-lain :- Pukul 1.38 am
No comments:
Post a Comment