★ Bismillahirrahmanirrahim ★ Salam Ukhuwah Fillah ★ Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat ★ Coretan Apa Saja ★ Share Bagi Tujuan Rujukan Kalian, Juga Untuk Rujukan Admin Pada Masa Akan Datang ★
Search This Blog
Monday, 13 October 2014
Hukum Bersolat Memakai Kain Sarung Sahaja Tanpa Baju?
Soalan :
Bolehkah seorang lelaki bersolat dengan memakai kain sarung sahaja tanpa baju?
Jawapan :
Solat yang dilakukan dengan memakai kain sarung yang menutup aurat adalah sah. Tetapi perbuatan bersolat tanpa berbaju atau berpakaian kemas adalah perbuatan yang amat dikeji oleh syarak. Solat adalah interaksi langsung seorang makhluk yang hina dengan khalidnya (pencipta) yang Maha Agung. Sudah tentu berpakaian tidak sopan ketika berhadapan dengan-Nya adalah perbuatan biadap dan tidak beretika. Majoriti ulama fikah juga menghukumkan perbuatan ini sebagai makruh tanzih, iaitu perbuatan yang dibenci dan dianjurkan supaya dijauhi.
Perlu dijelaskan bahawa had minima aurat lelaki yang ditentukan syarak bertujuan memudahkan mereka yang tidak berkemampuan atau dalam keadaan darurat. Ia bukan lesen untuk 'memudah-mudahkan' agama dan memandang enteng (mudah) persoalan aurat.
Kredit :- Hukum bersolat memakai kain sarung
Menarik di sini :- Petua untuk wanita mencari jodoh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment