Search This Blog

Tuesday 30 September 2014

Tips Menghadapi Ujian Hidup



Gambar sekadar hiasan. . .
Apa – apa pun perkara yang menimpa diri kita, insyaallah akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif. Ketika ini, terasa betapa kehidupan adalah sangat berat. Kenaikan harga barang, bencana tanah runtuh, persengkataan politik, dan memuncaknya jenayah telah menjadi warna dominan di dalam media cetak mahupun elektronik. Jika ditakdirkan musibah atau ujian itu menimpa diri kita, apa yang harus kita lakukan untuk menghadapinya? Bersediakah kita?

Saya ingin berkongsi dengan sahabat – sahabat semua tips untuk menghadapi ujian. Sebenarnya, paling tidak, ada tujuh tips untuk menghadapi pelbagai ujian kehidupan, iaitu :


Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya. Allah SWT memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)

Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat menyelesaikan setiap ujian itu secara baik. Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)

Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita kerjakan. Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim)

Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan. Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik baginya.”(H.R.Muslim)

Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa kesulitan, maka akan ada kemudahan. Fakta menunjukkan bahawa idea – idea yang hebat sering muncul ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar. (Saya sering mengalaminya ketika peperiksaan akhir semester). Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)

Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh menyelesaikan setiap ujian yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan memberikan ujian di luar kemampuan hamba-Nya. Optimis dapat melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita, kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk menyelesaikan segala persoalan. Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan hambanya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Q.S. Al-Baqarah 2 : 286)

Ketujuh, menghadapi ujian dengan usaha dan doa. Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian dan follow-up usaha itu dengan doa. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60)


Gambar sekadar hiasan. . .
Itulah tujuh tips untuk menghadapi pelbagai ujian. Apa – apa pun perkara yang menimpa diri kita, Insyaallah ia akan menjadi kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif, optimistik, ikhtiar yang maksimum dan diikuti dengan doa. Sesungguhnya pertolongan Allah akan turun kalau kita berada dipuncak ujian. Untuk itu, jadikanlah ujian sebagai tangga untuk meraih pertolongan Allah SWT.


Gambar sekadar hiasan. . .
Pssssttt :- Ujian hidup seperti ombak, sering datang dan pergi. Bersabarlah. . .

Kredit :- PenPatah.Blogspot

Friday 26 September 2014

3 Tanda Apabila Kucing Datang Kepada Kita



Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini, saya dapat rungkaikan. 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain. 

Pertama

Allah sedang beritahu makanan kita,  hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.


Kedua

Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.

Ketiga

Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan.







Kredit :- Media Sensasi Panas

Wednesday 24 September 2014

Inspirasi Kehidupan

Assalammualaikum dan Selamat Pagi Malaysia. Chewahhhh, bukan main semangat lagi pagi 25 september 2014 nih. Hihikkk. Pagi ni nak share sikit 1 ayat dari Prof. Muhaya yg agak menarik hati sy. Dalam byk2 ayat motivasi beliau, xtahulah mengapa aku begitu tertarik dengan ayat dia yg ini. Apepun, ayat ini memang dapat membantu jatuh bangun kita semua dalam kehidupan. Jd, sama2lah kita renung2kan dan selamat beramal. 


"Jangan sekali rasa bangga atas segala pencapaian kerana itu semua dengan izin Allah. Kita usaha secara optimal dengan niat baik dan tawakkal dan biarkan Allah menentukan. Setiap cubaan menggugurkan dosa seperti gugur daun. Bila senang kita syukur dan bila susah kita sabar"

Prof. Dr. Muhaya -

Yezassssss......... setuju sangat2. Bila senang kita syukur, bila susah kita sabar. Selamat beristiqomah yaaaa kalian. Semoga bermanfaat buat pembaca sekalian. Salam senyum dari saya.......... :-)


Thursday 11 September 2014

Mencari Keserasian

Assalammualaikum dan salam sejahtera buat pembaca sekalian. Dah lama rasanya x update blog. Huhu. Al-maklumlah, busy merata-rata. Apepun, tiba2 saat ini rasa "ringan tangan" pula jari-jemari ni nak menaip. Inilah salah satu hobiku bila sudah bosan. Rasa mcm2 nak buat. Sekarang ni, dalam fikiran rasa mcm nak belajar menjahit langsir dan baju kurung tradisional. Xtahulah knp tiba2 saat ini hati begitu berkobar2 nak belajar menjahit serta dan memperbanyakkan lg ilmu kemahiran utk masa depan. Dan juga tahulah knp tiba2 hati rasa nak belajar menjahit "baju kurung tradisional" sahaja. Knp tidak baju melayu? baju kebaya? baju kebarung atau sebagainya? Langsir pulak, nak belajar basic sahaja. Padahal, byk lg design2 yg boleh aku belajar.

Sebabnya, nak lebih fokus dulu asas dalam menjahit ni. Kalau terus ke tingkatan 5, xlalui tingkatan 1 dulu, mahu pecah lobang edongku dibuatnya. Huhu. Sekarang sedang dalam pencarian kelas menjahit yang paling murah dan berkesan. Tp, kebanyakkan ada yang harga ok, waktu xok. Ada yg waktu ok, tp harga melampau2. 

In sha Allah (Jika diizinkan Allah), aku yakin dan pasti dapat mencari kelas menjahit yg thorbaik dari ladang. Semoga dipermudahkan. Senyuuummm. 

Selain pd tu, niat utk tambahkan kemahiran dalam "solekan pengantin" pn ada juga. Tp Ayah xbagilah. Katanya "Allah xsuka..." Huhu. Kalau dh Ayah kata begitu, tidak apalah. Kita sebagai anak, kenalah dengar kata dia. Lg pun, nak buat sesuatu ni kena ada redha Ibu Bapa juga. Barulah kita boleh jd CEMERLANG, GEMILANG TERBILANG. Chewaaahhhhhh. 

Hari sudah larut malam. Mata sudah mahu tenggelam. As salam. . . :-)