Sebabnya, nak lebih fokus dulu asas dalam menjahit ni. Kalau terus ke tingkatan 5, xlalui tingkatan 1 dulu, mahu pecah lobang edongku dibuatnya. Huhu. Sekarang sedang dalam pencarian kelas menjahit yang paling murah dan berkesan. Tp, kebanyakkan ada yang harga ok, waktu xok. Ada yg waktu ok, tp harga melampau2.
In sha Allah (Jika diizinkan Allah), aku yakin dan pasti dapat mencari kelas menjahit yg thorbaik dari ladang. Semoga dipermudahkan. Senyuuummm.
Selain pd tu, niat utk tambahkan kemahiran dalam "solekan pengantin" pn ada juga. Tp Ayah xbagilah. Katanya "Allah xsuka..." Huhu. Kalau dh Ayah kata begitu, tidak apalah. Kita sebagai anak, kenalah dengar kata dia. Lg pun, nak buat sesuatu ni kena ada redha Ibu Bapa juga. Barulah kita boleh jd CEMERLANG, GEMILANG TERBILANG. Chewaaahhhhhh.
Hari sudah larut malam. Mata sudah mahu tenggelam. As salam. . . :-)
No comments:
Post a Comment