Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Chewahhhhh... Salam Ceria dari sy, Miza Mior. Ape khabar isnin korang harini? Huhuhu. Moga, semuanya indah2 aje yeee. Jom wey kita cuba jadik baik nak? Bukan susah pun sebenarnya. Antara NAK atau XNAK jew. Kalo hendak seribu daya. Ye x? Ni aku nak sharing something yg semua org kena tahu sebenarnya. Memang xde yg perfect utk lakukannya. Sekurang2nya, anda buat sedikit dari xbuat langsung. Okey, tajuk kita ~ 8 PAHALA YANG BERTERUSAN ~
Anas r.a berkata bahawa 8 jenis pahala yang tetap diterima seorang hamba Allah walaupun dia telah
meninggal dunia iaitu :
meninggal dunia iaitu :
SATU – Sesiapa yang mendirikan masjid tetap mendapat pahala selagi masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beribadat.
DUA – Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang meminumnya.
TIGA – Sesiapa yang menulis mashaf (naskah Al-Quran yang bertulis tangan) selagi ada orang membacanya.
EMPAT – Sesiapa yang menggali perigi selagi ada orang menggunakannya.
LIMA – Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya samada manusia atau haiwan.
ENAM – Mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
TUJUH – Ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang mana si anak selalu beristighfar dan mendoakan kedua-dua orang tuanya.
LAPAN – Guru Al-Quran yang mengajar ilmu kitab suci kepada muridnya dan si murid mengamalkan ajaran tersebut tanpa sedikitpun mengurangkan pahalanya.
Mari kita rebut ‘saham’ ini untuk bekalan akhirat kita. InsyaAllah
Wallahu ‘alam.
No comments:
Post a Comment