2. Kawal Emosi dan Bermujahadah :– Bersabarlah, jangan sakiti hati pasangan dan jangan berdendam, kerana walaupun semasa bergaduh rasa menang tetapi hakikatnya dua-dua kalah (rugi). Rumahtangga yang menjadi mangsa. Tutup mulut dengan memperbanyakkan zikir, baca quran dan jangan buang masa dengan perkara-perkara yang melalaikan. Sentiasa baik sangka dengan pasangan.
3. Muhasabah Diri :– Selalu minta ampun dengan Allah kerana kita hamba-Nya yang lemah tidak akan pernah lepas dari membuat kesilapan. Kenali hati budi pasangan, jadilah orang yang suka memaafkan dan meminta maaf. Jangan rasa rugi atau malu jika kita (terutama suami) meminta maaf terlebih dahulu.
4. Sentuhan :– Sentuhan boleh memberi seribu erti kebahagiaan. Sentuhan menandakan anda rasa kasih dan sayang pada pasangan anda. Apabila anda selalu menyentuh pasangan anda, pasangan anda tahu anda ambil berat akan dia.
5. Senyuman :– Senyum tidak perlu kata apa-apa. Senyumlah kerana senyuman itu adalah penawar segala gundah gulana di hati. Bergembira dengan apa sahaja yang anda ada. Penuhi hari anda dengan ketawa bersama -sama dengan pasangan anda.
6. Berkomunikasi :– Jangan simpan sesuatu perkara di dalam hati. Luahkan segalanya kepada pasangan anda. Pasangan yang bahagia selalunya menerima seadanya diri pasangan masing-masing. Apabila seorang bercakap, seorang mendengar. Ambil berat setiap perkara yang di utarakan oleh pasangan anda walaupun perkara tersebut remeh.
7. Memaafkan :– Jangan marah tanpa sebab. Sentiasa memaafkan pasangan anda. Sekiranya pasangan membuat kesilapan lapangkan dada untuk memaafkannya.
Menarik di sini :- Apakah Hukum Berhias Diri Pada Hari Raya?
No comments:
Post a Comment