Assalammualaikum dan salam sejahtera kalian. Harini admin free sikit. Hehe. So, saja laa nak menyempatkan diri update blog admin ni, sebelum sawangnya semakin menebal. Admin share pun bagi tujuan rujukan kalian juga untuk rujukan admin pada masa akan datang. So, xrugi mana pn kan. Mcm biasa, perkongsian admin ini adalah dari blog sebelah. Jom kita terjah.
Tahukah anda bahawa anda mampu untuk merancang kehidupan dengan cemerlang jika mengikut cara yang betul dan tidak terburu. Kami kongsikan sedikit rahsia bagaimana anda mampu mengelak langgar dinding berkali-kali dan meminimumkan tekanan hidup.
Sebelum anda mulakan bacaan ini, suka kami ingatkan bahawa setiap perkara tidak terjadi dengan pantas. Kuncinya adalah melalui kesabaran. Easy come, easy go.
1. Ubah Kebiasaan
~ Kebiasaannya bagi mereka yang kerja makan gaji (setelah ditolak cukai), apa yang diutamakan selepas gaji masuk ialah membayar bil telefon dan pelbagai lagi bil. Tapi daripada titik inilah segalanya perlu diubah.
Letakkan matlamat anda untuk menyimpan RM50 sebulan (paling minimum sangat), dan barulah bayar bil dan juga keperluan yang lain. Ketepikan dahulu jumlah yang anda mampu untuk simpanan.
Rahsianya di sini ialah, apabila kita bermula dengan jumlah wang yang kecil dan mula nampak hasilnya pada bulan ketiga atau empat, akan timbul perasaan untuk menambah lagi jumlah simpanan. Ini terjadi kerana kita terdorong dan gembira melihat hasil simpanan semakin bertambah.
2. Pastikan Ke Mana Destinasi Anda Seterusnya
~ Ibaratkan diri anda sebagai seorang atlet yang mahu sampai ke penghujung. Mengetahui ke mana arah tujuan simpanan dengan spesifik akan membuatkan matlamat anda semakin mudah untuk dicapai.
Letakkan jangka masa 6 bulan atau 5 tahun untuk mencapai apa yang anda inginkan. Ingat perkara ini – bila kita sudah tetapkan waktu yang spesifik (dan juga disiplin), ia akan membantu kita untuk terus menyimpan. Untuk mencapai apa yang kami kongsikan ini adalah dengan bertindak segera.
Bila anda sudah dapat momentum, anda akan faham dengan apa yang kami sampaikan ini.
3. Trick Minda Anda
~ Anda selalu menghabiskan RM200 untuk handbag setiap bulan atau berbelanja untuk travel setiap hujung minggu untuk makan-makan. Cuba trick minda anda untuk mencapai sesuatu yang lagi besar nilainya in the future.
Contohnya – apa kata jika saya menyimpan RM200 setiap bulan selama 6 bulan supaya saya dapat beli handbag berjenama (original) dan menyimpan RM 500 setiap bulan untuk travel agar simpanan saya nanti mampu menampung perbelanjaan untuk ke luar negara.
Sekali lagi kami nyatakan, latih minda anda berfikir begini – maka anda akan excited untuk mencapai apa yang anda inginkan. Perasaan memiliki sesuatu yang berkualiti (dengan usaha anda sendiri) adalah sangat berbeza. Trust me.
4. Hidup Sebagai Seorang ‘Kaya’ Secara Rahsia
~ Ironinya, kehidupan insan yang bergelar jutawan adalah sangat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan bekerja yang hanya tahu untuk membeli sesuatu demi mendapatkan impression rakan sekeliling. Now, ubah cara tersebut.
Bahasa mudahnya, hidup selari dengan keperluan. Once you break this rule, lintang pukanglah sistem kewangan anda setiap bulan. Bila hidup dengan keperluan yang sederhana – anda sebenarnya menempah tiket untuk bersara awal.
Ingat kembali point kami yang kedua di atas – tahu ke mana matlamat anda. Sekurang-kurangnya anda mampu bersara awal ditambah lagi dengan simpanan yang anda telah rancang sendiri. Nobody really cares how much you have in your wallet. Stay low, stay humble.
5. Mulakan Pelan Pencen Anda Sekarang
~ Jika anda di dalam usia 20-an atau 30-an, mungkin anda lihat pencen adalah sesuatu yang masih lagi jauh ketika ini. Kami faham, untuk ada simpanan yang konsisten ketika bekerja adalah mencabar.
Tapi ingat ya, jika anda lambat memulakan pelan simpanan, the more you’ll have to save. Tapi jika anda bermula sekarang, semakin banyak masa untuk simpanan anda untuk ‘membiak’.
Contohnya jika anda berusia 30 dan menyimpan RM50 setiap bulan untuk simpanan persaraan anda, dengan 7% return rate (contoh), RM50 itu akan menjadi RM56,000 dalam masa 30 tahun ke depan. Jika lambat menyimpan, maka jumlah simpanan terpaksalah digandakan. Get it?
6. Tahu Perjalanan Keluar Masuk Kewangan Anda
~ Ini merupakan titik penting kepada anda untuk menyimpan dengan efisyen. Jika diri anda tidak berdisiplin sekarang, cuba bagi jaminan yang anda akan berdisiplin di hari tua.
Namun kebanyakan daripada kita terlepas pandang dan tidak mencatatkan aliran keluar masuk wang. Jika perkara ini pun anda tidak boleh handle, bagaimana anda mahu berikan komitmen kepada matlamat simpanan anda? (rujuk point ke 3).
Dengan teknologi, boleh download pelbagai apps (smartphone) untuk track perbelanjaan anda. Kuncinya adalah disiplin. Jika belum ada apa-apa lagi sudah bagi alasan, you don’t need to read this article further.
7. Bijak Tangani Hutang
~ Siapa ketika baca artikel ini ada hutang, sila angkat tangan. At some point in life, kebanyakan orang akan berhadapan dengan hutang. Antara hutang yang kita sengaja tempah adalah hutang kad kredit.
Hutang akan menghalang anda untuk mencapai matlamat anda tapi ingat balik point pertama tadi. Utamakan dahulu wang simpanan.
Okay, ini contohnya – jika anda membayar RM600 untuk kredit kad, bayar separuh sahaja. Lagi RM300 anda jadikan simpanan. Ia mungkin akan mengambil masa yang panjang untuk langsaikan hutang kad kredit, tetapi ingat, anda sudah mampu menyimpan RM300 untuk kecemasan (kereta rosak, anak demam).
Kita ketiadaan simpanan kerana banyak dihabiskan untuk membayar hutang. Restructure semula dengan pihak yang berkenaan dan berusahalah untuk tidak menggunakan kad kredit.
8. Tambah Pendapatan
~ Ada hanya dua cara untuk tambahkan pendapatan atau simpanan. Spend less or save more money. Atau mungkin anda perlukan pekerjaan sampingan untuk mencapai matlamat simpanan anda. Sudah banyak bukti part-timer yang akhirnya berhenti kerja dan melakukan bisnes sepenuh masa.
Atau anda boleh mulakan pelaburan. Persediaan dan perancangan sebelum persaraan adalah penting di hari tua lainlah jika anda memang mahu bekerja di pejabat sehingga usia 80 tahun.
Tips - gunakan wang bonus anda atau wang kenaikan gaji untuk memulakan pelaburan. Ingat point keempat – stay low, stay humble.
9. Dapatkan Nasihat Pakar
~ Anda sudah cukup disiplin menyimpan, kemudian main terjah untuk melabur, maka sekelip mata simpanan anda melebur. Jangan bertindak melulu, dapatkan expert dalam membantu anda membuat apa saja jenis pelaburan yang anda mahu lakukan.
Semua progress memerlukan masa. Anda dilahirkan ke dunia pun mengambil masa 9 bulan. Jika ibu anda tidak bersabar, maka akan dipaksa anda keluar awal. Begitulah juga rencah kejayaan dalam kehidupan.
Stay focus dan pandailah-pandailah bahagikan masa. Jika sudah hidup hampir 30 tahun tapi masih terkapai-kapai uruskan diri sendiri, we have nothing to say.
Bagi kami, tiada salahnya anda bekerja dengan orang lain namun gunakan sebaiknya masa anda jangan lupa untuk membantu orang lain juga. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, kongsi bersama insan tercinta dan rakan-rakan anda. Baru seronok berjaya sama-sama.
Ia adalah 9 rahsia mencipta kekayaan yang bakal mengubah kehidupan anda – jika anda cukup berdisiplin dan cepat bertindak.
Kredit :- vitdaily.com
No comments:
Post a Comment