Search This Blog

Sunday, 22 March 2015

Perkara Yang Dijanjikan Oleh Allah SWT Pada Hari Kiamat (Part 3)

3 SYAFAAT NABI MUHAMMAD DI AKHIRAT

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT).
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Wednesday, 11 March 2015

Perkara Yang Dijanjikan Oleh Allah SWT Pada Hari Kiamat (Part 2)

7 GOLONGAN YANG MENDAPAT TEDUHAN ARASY




  • Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah :-

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.



  • Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

  • Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

  • Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

  • ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

  • Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin di tengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak di hadapan istana.

  • Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

  • Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

  • Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

  • Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

  • Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

  • Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

  • Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

  • Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

  • Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Perkara Yang Dijanjikan Oleh Allah SWT Pada Hari Kiamat

Sebagai seorang manusia, aku juga tidak lepas akan perihal kematian. Oleh itu tergerak aku untuk mengingatkan diri aku dan korang semua tentang perkara yang akan berlaku pada hari kiamat. Berikut adalah perkara² yang telah Allah janjikan kepada kita semua umat manusia. Sama²lah kita muhasabah diri seketika…


  • Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
  • Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
  • Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
  • Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
  • Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
  • Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
  • Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
  • Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
  • Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
  • Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
Menarik di sini :- 9 Rahsia Mencipta Kekayaan

Tuesday, 10 March 2015

Teknik 8P Keluarga Bahagia Ustazah Siti Nur Bahiyah

Sharing is Caring! 




✔  1) Pujian
P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. Pujian tidak memerlukan wang ringgit. Pujian juga tidak memerlukan tenaga yang banyak. Jadi pasti tip yang pertama ini tidak sukar untuk kita amalkan! :)



 2) Pelukkan
Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. Hasil dari kajian ahli-ahli pyschology mendapati dengan pelukan dapat memberi semangat & memberi ketenangan kepada pasangan sepanjang hari. Hasil kajian juga mendapati seseorang itu akan lebih panjang umurnya jika memeluk isterinya setiap hari kerana hasil dari pelukan dan sentuhan tersebut mengeluarkan hormon endorfin yang mana ianya baik untuk kesihatan 
tubuh~ :) 



✔  3) Penghargaan
Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. Tidak perlu hadiah yang mahal-mahal. Kalau mampu tidak menjadi masalah. Tetapi sebenarnya membelikan makanan kegemaran pasangan juga boleh membuatkan pasangan rasa dihargai dan diingati! :)



✔  4) Perhatian
Adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan. Sibuk menguruskan anak-anak tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memberi perhatian yang cukup kepada suami. Sibuk dengan urusan kerja juga bukan alasan bagi sang suami. Carilah masa untuk pasangan kita. Apa salahnya sesekali kita telefon pasangan bertanya khabar kerana perkara-perkara yang sebegini kecil sebenarnya akan menghangatkan lagi hubungan suami isteri~ :)



✔  5) Persefahaman
Adalah mustahil untuk kita sentiasa memahami sifat atau perangai pasangan kita. Tetapi dengan kamunikasi yang berkesan kita akan memahami diri pasangan. Persefahaman akan dapat dicapai apabila kita dapat duduk berbincang & sikap toleransi anatara satu sama lain. Terimalah pasangan kita seadanya. Tiada manusia yang dilahirkan sempurna. Kita seharusnya bersyukur dan redha dengan jodoh yang ditetapkan olehNya! :)



✔  6) Pergaulan
Pergaulan yang dimaksudkan d sini ialah pasangan suami isteri haruslah menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. Mungkin pada mulanya sekadar ingin berkawan tetapi sekiranya pergaulan sebagai seorang kawan itu tidak dibataskan dengan batas-batas agama tidak mustahil akan mendatangkan masalah kepada rumahtangga. Cuba letak diri kita di kedudukan suami atau isteri...pasti kita mahukan pasangan seorang yang setia~ :)


✔  7) Percutian
'Percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin. Sekiranya sukar untuk meninggalkan anak dibawah penjagaan ahli keluarga yang lain tidak salah membawa mereka bersama. Hubungan kekeluargaan pasti lebih kukuh & mesra. Sekiranya anak-anak boleh ditinggalkan dibawah penjagaan ahli keluarga yang lain..nahh..ianya satu bonus buat kita.....2nd honeymoon! :) 



✔  8) P yang terakhir ialah 'Permohonan'
Iaitu berdoa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Semoga pasangan kita diampunkan dosa, sentiasa sihat walafiat, dipanjangkan umur, mendapat lindungan dari sebarang bencana, tenang bersama kita sebagai pasangannya dan juga anak-anak~ :)

Kredit :- isumeleleh.blogspot.com

Menarik di sini :- Janji Allah Pada Hari Kiamat (Part1)

Monday, 9 March 2015

9 Rahsia Mencipta Kekayaan Yang Bakal Mengubah Kehidupan Anda

Assalammualaikum dan salam sejahtera kalian. Harini admin free sikit. Hehe. So, saja laa nak menyempatkan diri update blog admin ni, sebelum sawangnya semakin menebal. Admin share pun bagi tujuan rujukan kalian juga untuk rujukan admin pada masa akan datang. So, xrugi mana pn kan. Mcm biasa, perkongsian admin ini adalah dari blog sebelah. Jom kita terjah. 
Tahukah anda bahawa anda mampu untuk merancang kehidupan dengan cemerlang jika mengikut cara yang betul dan tidak terburu. Kami kongsikan sedikit rahsia bagaimana anda mampu mengelak langgar dinding berkali-kali dan meminimumkan tekanan hidup.
Sebelum anda mulakan bacaan ini, suka kami ingatkan bahawa setiap perkara tidak terjadi dengan pantas. Kuncinya adalah melalui kesabaran. Easy come, easy go.
1. Ubah Kebiasaan
~ Kebiasaannya bagi mereka yang kerja makan gaji (setelah ditolak cukai), apa yang diutamakan selepas gaji masuk ialah membayar bil telefon dan pelbagai lagi bil. Tapi daripada titik inilah segalanya perlu diubah.
Letakkan matlamat anda untuk menyimpan RM50 sebulan (paling minimum sangat), dan barulah bayar bil dan juga keperluan yang lain. Ketepikan dahulu jumlah yang anda mampu untuk simpanan.
Rahsianya di sini ialah, apabila kita bermula dengan jumlah wang yang kecil dan mula nampak hasilnya pada bulan ketiga atau empat, akan timbul perasaan untuk menambah lagi jumlah simpanan. Ini terjadi kerana kita terdorong dan gembira melihat hasil simpanan semakin bertambah.
2. Pastikan Ke Mana Destinasi Anda Seterusnya
~ Ibaratkan diri anda sebagai seorang atlet yang mahu sampai ke penghujung. Mengetahui ke mana arah tujuan simpanan dengan spesifik akan membuatkan matlamat anda semakin mudah untuk dicapai.
Letakkan jangka masa 6 bulan atau 5 tahun untuk mencapai apa yang anda inginkan. Ingat perkara ini – bila kita sudah tetapkan waktu yang spesifik (dan juga disiplin), ia akan membantu kita untuk terus menyimpan. Untuk mencapai apa yang kami kongsikan ini adalah dengan bertindak segera.
Bila anda sudah dapat momentum, anda akan faham dengan apa yang kami sampaikan ini.

3. Trick Minda Anda
~ Anda selalu menghabiskan RM200 untuk handbag setiap bulan atau berbelanja untuk travel setiap hujung minggu untuk makan-makan. Cuba trick minda anda untuk mencapai sesuatu yang lagi besar nilainya in the future. 
Contohnya – apa kata jika saya menyimpan RM200 setiap bulan selama 6 bulan supaya saya dapat beli handbag berjenama (original) dan menyimpan RM 500 setiap bulan untuk travel agar simpanan saya nanti mampu menampung perbelanjaan untuk ke luar negara.
Sekali lagi kami nyatakan, latih minda anda berfikir begini – maka anda akan excited untuk mencapai apa yang anda inginkan. Perasaan memiliki sesuatu yang berkualiti (dengan usaha anda sendiri) adalah sangat berbeza. Trust me.

4. Hidup Sebagai Seorang ‘Kaya’ Secara Rahsia
Ironinya, kehidupan insan yang bergelar jutawan adalah sangat berbeza jika dibandingkan dengan kehidupan bekerja yang hanya tahu untuk membeli sesuatu demi mendapatkan impression rakan sekeliling. Now, ubah cara tersebut.
Bahasa mudahnya, hidup selari dengan keperluan. Once you break this rule, lintang pukanglah sistem kewangan anda setiap bulan. Bila hidup dengan keperluan yang sederhana – anda sebenarnya menempah tiket untuk bersara awal.
Ingat kembali point kami yang kedua di atas – tahu ke mana matlamat anda. Sekurang-kurangnya anda mampu bersara awal ditambah lagi dengan simpanan yang anda telah rancang sendiri. Nobody really cares how much you have in your walletStay low, stay humble.

5. Mulakan Pelan Pencen Anda Sekarang
Jika anda di dalam usia 20-an atau 30-an, mungkin anda lihat pencen adalah sesuatu yang masih lagi jauh ketika ini. Kami faham, untuk ada simpanan yang konsisten ketika bekerja adalah mencabar.
Tapi ingat ya, jika anda lambat memulakan pelan simpanan, the more you’ll have to save. Tapi jika anda bermula sekarang, semakin banyak masa untuk simpanan anda untuk ‘membiak’.
Contohnya jika anda berusia 30 dan menyimpan RM50 setiap bulan untuk simpanan persaraan anda, dengan  7% return rate (contoh), RM50 itu akan menjadi RM56,000 dalam masa 30 tahun ke depan. Jika lambat menyimpan, maka jumlah simpanan terpaksalah digandakan. Get it?

6. Tahu Perjalanan Keluar Masuk Kewangan Anda
Ini merupakan titik penting kepada anda untuk menyimpan dengan efisyen. Jika diri anda tidak berdisiplin sekarang, cuba bagi jaminan yang anda akan berdisiplin di hari tua.
Namun kebanyakan daripada kita terlepas pandang dan tidak mencatatkan aliran keluar masuk wang. Jika perkara ini pun anda tidak boleh handle, bagaimana anda mahu berikan komitmen kepada matlamat simpanan anda? (rujuk point ke 3).
Dengan teknologi, boleh download pelbagai apps (smartphone) untuk track perbelanjaan anda. Kuncinya adalah disiplin. Jika belum ada apa-apa lagi sudah bagi alasan, you don’t need to read this article further.

7. Bijak Tangani Hutang
Siapa ketika baca artikel ini ada hutang, sila angkat tangan. At some point in life, kebanyakan orang akan berhadapan dengan hutang. Antara hutang yang kita sengaja tempah adalah hutang kad kredit.
Hutang akan menghalang anda untuk mencapai matlamat anda tapi ingat balik point pertama tadi. Utamakan dahulu wang simpanan.
Okay, ini contohnya – jika anda membayar RM600 untuk kredit kad, bayar separuh sahaja. Lagi RM300 anda jadikan simpanan. Ia mungkin akan mengambil masa yang panjang untuk langsaikan hutang kad kredit, tetapi ingat, anda sudah mampu menyimpan RM300 untuk kecemasan (kereta rosak, anak demam).
Kita ketiadaan simpanan kerana banyak dihabiskan untuk membayar hutang. Restructure semula dengan pihak yang berkenaan dan berusahalah untuk tidak menggunakan kad kredit.

8. Tambah Pendapatan

~ Ada hanya dua cara untuk tambahkan pendapatan atau simpanan. Spend less or save more money. Atau mungkin anda perlukan pekerjaan sampingan untuk mencapai matlamat simpanan anda. Sudah banyak bukti part-timer yang akhirnya berhenti kerja dan melakukan bisnes sepenuh masa.
Atau anda boleh mulakan pelaburan. Persediaan dan perancangan sebelum persaraan adalah penting di hari tua lainlah jika anda memang mahu bekerja di pejabat sehingga usia 80 tahun.
Tips - gunakan wang bonus anda atau wang kenaikan gaji untuk memulakan pelaburan. Ingat point keempat – stay low, stay humble.


9. Dapatkan Nasihat Pakar
~ Anda sudah cukup disiplin menyimpan, kemudian main terjah untuk melabur, maka sekelip mata simpanan anda melebur. Jangan bertindak melulu, dapatkan expert dalam membantu anda membuat apa saja jenis pelaburan yang anda mahu lakukan.
Semua progress memerlukan masa. Anda dilahirkan ke dunia pun mengambil masa 9 bulan. Jika ibu anda tidak bersabar, maka akan dipaksa anda keluar awal. Begitulah juga rencah kejayaan dalam kehidupan.
Stay focus dan pandailah-pandailah bahagikan masa. Jika sudah hidup hampir 30 tahun tapi masih terkapai-kapai uruskan diri sendiri, we have nothing to say.
Bagi kami, tiada salahnya anda bekerja dengan orang lain namun gunakan sebaiknya masa anda jangan lupa untuk membantu orang lain juga. Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, kongsi bersama insan tercinta dan rakan-rakan anda. Baru seronok berjaya sama-sama. 
Ia adalah 9 rahsia mencipta kekayaan yang bakal mengubah kehidupan anda – jika anda cukup berdisiplin dan cepat bertindak. 

Kredit :- vitdaily.com