Search This Blog

Wednesday, 4 February 2015

Tips Kekal Bahagia


Hidup bahagia ialah impian setiap insan. Malah itulah matlamat kehidupan kita untuk kekal bahagia selamanya. Menerajui kehidupan suami isteri bukannya mudah kerana pasti ada sahaja halangan dan dugaan yang merintangi badai rumah tangga. Justeru, setiap pasangan perlu bijak menangani masalah rumah tangga supaya kehidupan suami isteri kekal bahagia hingga ke hujung usia. Jom teliti panduan di bawah :-

+ Makan bersuap, eratkan hubungan ::
~ Menikmati hidangan dengan cara bersuap sememangnya akan menambah rasa kasih sayang terhadap pasangan. Makan dari tangan pasangan akan menjadikan kita lebih erat kerana terasa ada getaran yang melalui urat saraf kita secara semula jadi.
Tidak kira sama ada suapan itu dari tangan pasangan ataupun sudu, namun perasaannya tetap serupa. Cubalah praktikkan makan bersuap, anda pasti akan merasai perubahan dalam hubungan anda. Usah malu untuk makan bersuap kala di tempat orang ramai. Bukan untuk menunjuk-nunjuk bahawa kita ini mesra namun itulah sebenarnya yang perlu dilakukan oleh pasangan suami isteri untuk mengekalkan kebahagiaan hingga ke hujung usia.

+ Usah tidur berasingan ::
~ Ada pasangan yang sengaja tidak tidur bersama tatkala berlaku perselisihan faham. Lazimnya suami lebih cenderung tidur di ruang tamu tatkala tidak bersependapat dalam sesuatu hal dengan isterinya. Perkara ini sepatutnya dielakkan kerana boleh memburukkan lagi hubungan yang retak.
Anda sepatutnya kekal bersama di tempat tidur supaya perkara yang buruk boleh bertambah elok. Mungkin sebelum tidur anda boleh berbicara dari hati ke hati. Ataupun, jika tidak berbicara, anda sekadar berdiam diri sahaja. Ada kala dalam kesenyapan itu hati boleh berbicara sendiri dan akhirnya timbul penyesalan lalu anda boleh berbaik-baik semula. Itulah kuasa di tempat tidur. Segala hal boleh berlaku kerana di situlah ruang paling intim antara anda dan pasangan. Ingat! Jangan tidur berasingan walau apa-apa jua berlaku antara anda.

+ Tutur kata lembut, sejukkan hati ::
~ Dalam apa-apa juga situasi, jagalah tutur kata kerana tutur kata boleh membuatkan keadaan bertambah baik atau bertambah buruk. Untuk memastikan hubungan suami isteri kekal bahagia, jagalah tutur kata anda.

+ Ucapkan perkara yang baik-baik ::
~ Jika marah sekali pun, usah membentak-bentak. Sebaliknya banyakkan istighfar. Dalam Islam pun sudah menyarankan supaya kita berwudhuk ketika marah. Usah dilayan perasaan marah itu kerana syaitan pastinya menghasut untuk menjadikan rumah tangga kita porak-peranda. Tuturkanlah perkataan dengan lemah lembut supaya hubungan anda bahagia kekal selamanya.

+ Solutions :: 








No comments:

Post a Comment