Search This Blog

Thursday, 22 November 2012

Kenapa Rezeki Susah Nak Masuk?


♥ :: Antara Sebab Mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK :: 

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian..
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini..
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit.
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik..
5. Riak bila bersedekah..
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran..
7. Tidak/kurang beristighfar..
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh..

Nota: Rezeki bkn sahaja dalam bentuk wang, tp kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.

► Ada juga yg berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yg melimpah ruah. Tp ketahuilah itu nikmat yg plg azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. wallahua'lam.

✔ Yang dah baca harap dapat share di wall masing2.. setidak-tidaknya ada rakan2 anda yang baca wall anda ini.. dapat jugak sahamnya. InsyaAllah..






Tuesday, 20 November 2012

Judika - Aku Yang Tersakiti

Jommm Layan. . . . Huhuhu. . .


Petua Untuk Kekalkan Kebahagiaan Rumahtangga

1. Sentiasa Bersyukur :– Banyakkan bersyukur pada Allah dan terima pasangan kita seadanya. Bukankah Allah pernah berjanji pada hamba-Nya, jikalau kamu bersyukur akan Aku tambah nikmat-Ku?

2. Kawal Emosi dan Bermujahadah :– Bersabarlah, jangan sakiti hati pasangan dan jangan berdendam, kerana walaupun semasa bergaduh rasa menang tetapi hakikatnya dua-dua kalah (rugi). Rumahtangga yang menjadi mangsa. Tutup mulut dengan memperbanyakkan zikir, baca quran dan jangan buang masa dengan perkara-perkara yang melalaikan. Sentiasa baik sangka dengan pasangan.

3. Muhasabah Diri :– Selalu minta ampun dengan Allah kerana kita hamba-Nya yang lemah tidak akan pernah lepas dari membuat kesilapan. Kenali hati budi pasangan, jadilah orang yang suka memaafkan dan meminta maaf. Jangan rasa rugi atau malu jika kita (terutama suami) meminta maaf terlebih dahulu.

4. Sentuhan :– Sentuhan boleh memberi seribu erti kebahagiaan. Sentuhan menandakan anda rasa kasih dan sayang pada pasangan anda. Apabila anda selalu menyentuh pasangan anda, pasangan anda tahu anda ambil berat akan dia.

5. Senyuman :– Senyum tidak perlu kata apa-apa. Senyumlah kerana senyuman itu adalah penawar segala gundah gulana di hati. Bergembira dengan apa sahaja yang anda ada. Penuhi hari anda dengan ketawa bersama -sama dengan pasangan anda.

6. Berkomunikasi :– Jangan simpan sesuatu perkara di dalam hati. Luahkan segalanya kepada pasangan anda. Pasangan yang bahagia selalunya menerima seadanya diri pasangan masing-masing. Apabila seorang bercakap, seorang mendengar. Ambil berat setiap perkara yang di utarakan oleh pasangan anda walaupun perkara tersebut remeh.

7. Memaafkan :– Jangan marah tanpa sebab. Sentiasa memaafkan pasangan anda. Sekiranya pasangan membuat kesilapan lapangkan dada untuk memaafkannya.


 

Monday, 19 November 2012

Nikah Terus

Hehehe. Bercerita Mengenai "Nikah Terus" Ni, Tak Berapa Ramai Sangat Yang Plan, Tapi Ade. Huhu. Tahniah Buat Adik Sedara Saya, Azidah Azmi Kerana Bakal Mendirikan Rumah Tangga Pada Disember 2012. Alhamdulillah.... Bertambahlah Ahli Keluarga Nanti Dan Semoga Semuanya Berjalan Lancar Dan Akan Kekal Bahagia Hingga Ke Anak Cucu. Aamiin. . . .

Haaaa, Idah Ni Dah Langkah Bendul Ni. Kira WAJIB Laaaaaa Bagi Hadiah Kat Along Dan Mija. Huhuhu. . . (Gurauan Permainan Kata). Gurau Tetap Gurau. Hadiah Tetap Hadiah. . . Hehehe.


Tahniah Ye Idah!!! Jelessss Gak Laaaa Idah Dah Nak Kawen, Along Pun Dah Bertunang. Tapi Takpe, Jeles Jeee, Tak Dengki. Keh3...

Nak Kawen Jugak!!!! Uwwwwaaaa. . . . . . . . . . . . . Huhuhu. Meroyan Dah!!! Kuang3. . . .


Berdoa Jelah Kan. . . .


Bestnya Mereka. . . .


Yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu. . . .


Gataiiii Ke Saya. Keh3. . . . . .



Thursday, 15 November 2012

Pertunangan Along

Setelah Beberapa Tahun Menjalinkan Hubungan Sebagai Kawan Dan Pasangan, Akhirnya Melangkah Ke Fasa 1 Jugak Dengan Cara Yang Baik. Tahniah Utk Kakak Saya, Nur Hafizah bt  Mior Lahmudian Bersama Abg Jebat. Semoga Hubungan Mereka Kekal Bahagia Ke Fasa 2 Iaitu Alam Rumah Tangga Dam Seterusnya, Kekal Abadi Selamanya Hingga Ke Syurga. . . Amin Amin Amin. . . Tahniah Along Dan Abg Bard Atas Pertunangan Mereka Pada 10.11.12 (Sabtu). Perggghhhhhhhhh. . . Saya Sebagai Adik, Turut Bahagia.