Antara sebab terbaik kenapa kita perlu minum air kosong.
Jika anda tidak minum air, anda akan mati. Memang itu yang paling penting. Kita boleh hidup tanpa makanan tapi kita tidak boleh hidup tanpa air. Badan hanya mampu bertahan dalam seminggu tanpa air selepas itu kita mungkin mati kekeringan atau dehidrasi.
Mencegah dari kanser.
Mengurangkan risiko terkena kanser kolon dan kanser pundi kencing, dan mungkin mengurangkan risiko kanser payudara.
Mengawal perasaan lebih baik.
Kekurangan air boleh menjejaskan jiwa dan perasaan, anda akan mudah marah serta emosi asyik tergangggu. Fikiran akan lebih jelas dan lebih bahagia dengan meminum lebih banyak air.
Kesihatan badan lebih baik.
Air meningkatkan tahap kesihatan badan dari segi fizikal ke tahap yang lebih baik. Otot manusia yang baik memerlukan 45 peratus air untuk bergerak. Kekurangan air menyebabkan otot menjadi lemah, mudah letih, pening dan ketidakseimbangan fungsi badan.
Mengurangkan berat badan.
Bagi anda yang cuba untuk menguruskan badan, minum air ketika lapar. Anda akan makan lebih sedikit ketika makan. Ini kerana perut sudah kenyang. Sebenarnya apabila kita merasa lapar kita berasa lebih dahaga.
Mengurangkan sakit sendi.
Mampu mengurangkan sakit pada sendi dengan menjadikan tulang rawan lebih lembut agar mudah bergerak ketika tulang bergeser.
Membuang toksin dari badan.
Sistem penghadaman kita memerlukan air untuk berfungsi dengan baik. Selepas minum biasanya air akan keluar melalui peluh atau air kencing. Jika kita tidak minum air, badan kita tidak mampu mengunsir sisa toksik badan dan jika toksik terkumpul ia akan mendatangkan pelbagai masalah. Air juga dapat menyembuhkan penyakit sembelit.
Mencegah sakit kepala atau imgrain.
Sakit kepala boleh terjadi disebabkan oleh kekurangan air, jadi air minum boleh mencegah atau mengurangkan sakit kepala agar peredaran darah di kepala berjalan lancar.
Membuat kulit anda lebih sihat dan cantik.
Pengambilan air yang tetap dan banyak membantu membina sel kulit baru, ini boleh meningkatkan warna dan tekstur kulit lebih sihat dan cantik. Berpeluh juga mengawal keseimbangan pada kulit agar bekerja dengan baik.
Mengurangkan risiko penyakit jantung.
Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung.