Search This Blog

Sunday, 11 January 2015

10 Janji Allah Kepada Orang Yang Ingin Berkahwin

Gambar sekadar hiasan. Sumber gambar :- Google

Pelbagai perasaan yang akan timbul kepada muslim dan muslimat yang berniat untuk membina rumah tangga. Mereka akan hadir dengan pelbagai perasaan seperti rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf (mengenali satu sama lain) sekalipun masih ada perasaan ragu.
 
Inilah khabar gembira iaitu janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudara seIslamku.
 
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Aamiin.
 
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
 
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

Gambar sekadar hiasan. Sumber gambar :- Google

3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)

5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)

Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.

Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
 
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah, Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah, Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
 
Sebahagian orang apabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam :

“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).

Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).

Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).

Gambar sekadar hiasan. Sumber gambar :- Google

6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)

Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)

Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.

8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)

Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.

9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)

Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa masih ragu-ragu dengan janji Allah?

Gambar sekadar hiasan. Sumber gambar :- Google

Kredit :- Blog Ammar 

Wednesday, 7 January 2015

Kod Warna HTML Twittter

Assalammualaikum dan selamat pagi khamis kalian. Senyum..... ◕‿◕ 

Haaa, nampak x betapa lebar dan bulat mata admin senyum pada kalian. Bukan 
susah pn nak senyum ni. Yer x. 

Pg ni bukanlah admin nak citer pasal senyum. Lg dan lg admin tekankan, itu hanyalah intro ajer. Keh3..... ♬ 

Pepagi lg, sebaik sahaja admin sampai ofis, admin bukak email dan twitter. First nama yg admin nampak, dan berkenan adalah Zul Ariffin yg tgh HOT berlakon dalam drama slot akasia ISTIKHARAH CINTA TV3 skrg ni. Ekekekeee. So, secara xlangsung, admin pn follow hero tersebut termausk heroin cerita tu iaiti Faye Kusairi

Sumber gambar :- Google

Lakonan heroin cerita tu boleh tahan jugak. Xmcm heroin drama Rindu Awak 200% laaa sgt tuh. Huhu. Sorry, xberapa berkenan. Lain org lain citarasanya... 

Maaf yer heroin cerita ni. Mungkin awak perlu perbaiki mutu lakonan awak. Xsalahkan kalau sy nak kritik. Hehe.... 

Sumber gambar :- Google 

Jadi, jom kita berbalik pada tajuk. Admin nak share entry yg berkaitan dgn tajuk okayyyy. Makin lama kang, makin mellaut pulok. Ehhh, melalut ke mellaut? Hehe. 

Dok godek2 twitter, admin rasa mcm tertarik dgn colour tulisan yg digunakan heroin cerita Istikarah Cinta tu - Faye Kusairi. Puas admin tukar colour mcm dia colour design heroin tu, tp xjumpa. 


Yang keluar hanyalah seperti di atas. Hanya warna tertentu. Kod warna pink yg admin dah jumpa tu pn admin taip sendiri atas usaha pencarian kod warna melalui google. Jd, admin pn taiplah kod warna #FF00FF seperti yg tertera. 

Untuk kod warna yg lain2 bolehlah rujuk di laman sebelah. Warna2nya yg sgtttt ohsem. Hehe.... ◕‿◕ 

~ Selamat Maju Jaya!!! ~ 

Monday, 5 January 2015

Pengalaman Membeli Kasut Online Di Living Social

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Harini merupakan entry pertama admin bg tahun 2015. Admin nak lupakan segala kepahitan yg admin lalui tahun 2014. Biarlah segala kepahitan itu memberikan pengajaran kepada admin juga memberi suntikan semangat utk admin terus belajar mengenal erti hidup. Sweet jugak kalau kita hidup dalam kepahitan. Kalau nak kemanisan ade memanjang dari mana kita nak belajar erti kepayahan. Manusia ni memang dijadikan Allah, ada pro kontranya. Allah xkan jadikan kita hidup dalam sentiasa senang. 

Kadang2 ada yg kaya raya tapi hati xtenang. Sakit aje memanjang. Kadang2 Allah bg hidup dalam miskin tp penuh dengan kebahagian. Kadang2 ada juga yg kaya raya tp bahagia. 


Entry kali ni bukanlah admin nak bebel pasal kaya raya derita bahagia ni bagai. Itu hanya sebagai intro sahaja. Hehe. Berbalik pada tajuk, admin nak share pengalaman membeli barangan online.


Masa awal januari tempoh hari, admin beli kasut sport di laman web ensogo.com. Admin xpasti mana 1 yg betul samada ensogo atau living social. Malas nak amik tahu. Apa yg pasti, admin beli sebab kasutnya cantik. Colournya pun osemmm abis. Admin xpikir panjang, terus beli. 


Sumber gambar :- Ensogo.com

Nampak x! Osemmm x kasut ni? Admin suka colour pink tu! Citarasa masing2kan. Admin dpt tahu promosi kasut ni melalui email. Bukak je laman sesawang dia, terus beli tanpa pk panjang. Excited laaa katakan. 

Sumber gambar :- Ensogo.com

Nama penuh kasut ni Body Toning Sport Shoes. Admin amik pun bukan suka2. Antara sebab yg lain, dia ada kelebihan tersendiri. Kalau kelebihan dia sekadar untuk bersukan, baik admin pilih terus kat kedai kasut mana2 shopping complex. Lg puas hati kalau dapat belek dan test before beli. Yeheee.. :D 

Sport shoes ni terdapat dalam 3 warna je. 

Sumber gambar :- Ensogo.com

Antara kelebihan yang ada pada Body Toning Sport Shoes nieh seperti di gambar. Untuk lebih details klik di sini..

Sumber gambar :- Ensogo.com 

Sumber gambar :- Ensogo.com

Ok, untuk secara keseluruhannya, admin memilih colour pink (size 40). Dh itu yg paling besar yang ada. Admin tawakkal jer, pejam mata membayau RM65. Kununnya harga asal rm229. Hahaha.... (gelak jahat). RM229 laaa sangat. Muat xmuat xpenting. Yg penting dapat memiliki kasut tersebut. Ada jugak org mcm ni kan. Huhu. Rasanya, kalau ikut size kaki admin ni utk 40 mcm muat2 je kot. Ok, selanjutnya, jom terjah pula apa terjadi selepas pembelian. Huhu.

Dalam 2 hari gak laaa admin tunggu feedback dari ensogo.com. Sudahnya, admin dpt msg beritahu bahawa warna pink dah habis stock. Kalau nak, dia ada warna biru dengan grey je. Kecewanya hati ini hanya Allah yg tahu. Huhu. Admin terus call nombor yg bg msg tu. Orgnya cina, namanya Irene. 

Melalui percakapan telefon, admin cakap terus terang nak jugak warna pink. Kalau xde xpe. Admin xjadi beli. Rasa marah + geram tu ade lah jugak. Tp nak wat cmne, dunia makin kejam. Jd, kenalah banyakkan bersabar. Huhu.  Sudahlah warna yg kita nak dia xbgtau melalui laman web (masa kita order), pastu bila nak cancel order dia suruh call direct ensogo tu. Puas admin call, line asyik bz je. 

Malas nak pk panjang. Sesampai je rumah admin terus call Irene bgtau jd amik colour yg ade iaitu grey. Nasib baik colour grey tu ada pink2 sketkan. Huhu. Secara positifnya, kita pandang jela kebaikan yg ade pd sesuatu tu. Buat apa asyik nk pandang benda negatif. Buat sakit hati sakit otak je. 

Ok, nanti kita tgk sampai ke x kasut admin tu. Kalau sampai nanti, admin share gambar yer. Xtahu laa bape lama sampainya tu. Kalau 5 januari 2015 (petang) admin call bila pulak sampainya kan. Biasa dalam 2 hari. Ekekekeee. Excited mak... Sekian saja dari admin. Terima kasih ^_*

Opsss oooo, sambungan citer semalam. Xlama sgt tggu kasut...



Tara..... dah sampaiiii....... (Kah3.... senyum sampai telinga). Muat xmuat xtahulah. Tunggu balik nanti nak test. Huhue. Sekian terima kasih.