Ujian, musibah, dugaan dan cabaran akan mendatangi diri setiap manusia tidak kira waktu dan tempat. Ia akan datang pada sesiapa sahaja. Tidak kiralah samada dia raja, sultan, menteri, orang kaya, orang miskin, orang dewasa, remaja ataupun kanak-kanak. Semuanya akan diuji.
Kesusahan itu ujian. Kesenangan pun ujian. Pandai itu ujian. Kurang pandai pun ujian. Cantik itu ujian. Hodoh pun ujian. Ada sesiapa yang nak kata bahawa dia tidak pernah di uji?? Sila angkat 'keyboard'mu. Aku mahu lihat....
ALLAH SWT berfirman;
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada kamilah kamu dikembalikan."
(QS Al-Anbiyaa': 35)
Memang dunia ini adalah medan ujian…kehidupan ini adalah medan perjuangan…ALLAH SWT berfirman;
Maha suci Allah yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup,supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" (QS Al-Mulk : 1-2)
Namun begitu, ada yang tidak mampu menghadapi ujian yang diberikan malahan mempertikai serta tidak redha akan ketentuan-NYA.
Jadi, apakah perkara yang perlu dilakukan jika musibah atau ujian tersebut menimpa diri kita?
Di sini ingin aku kongsikan beberapa renungan khas untuk mereka yang sedang ditimpa musibah, sudah ditimpa musibah atau mereka yang akan ditimpa musibah. Semua itu datangnya dari ALLAH SWT. Ingatlah bahawa ALLAH SWT sayang dan kasih akan kita...
Berikut adalah 10 perkara yang perlu direnungkan oleh anda jika anda ditimpa musibah atau ujian :-
Pertama :: Yakinlah bahawa ada insan lain juga yang turut diuji. Ada yang diuji dengan kemiskinan. Ada yang diuji dengan harta, jabatan, dan kekuasaan. Ada yang diuji dengan isteri yang berakhlak buruk. Ada wanita yang diuji dengan suami jahat. Ada wanita yang diuji dengan mertua jahat. Ada yang diuji dengan ibunya sendiri dan terlalu banyak jenis ujian yang menimpa diri manusia. Maka sebagaimana manusia-manusia yang lain ditimpa musibah/ujian yang beraneka ragam. Begitu jugalah ujian/musibah yang akan menimpa diri kamu.
Kedua :: Sabarlah dengan ujian yang sedang kamu hadapi. Alhamdulillah anda masih mampu memikulnya. Boleh jadi jika anda diuji dengan ujian yang lain maka anda tidak akan mampu menghadapinya. Yakinlah bahawa tidaklah ALLAH menguji akan hambanya kecuali dengan ujian yang mampu dihadapi olehnya.
Ketiga :: Terkadang syaitan membisikkan kepada kamu bahawa ujian yang kamu hadapi sangatlah berat dan tidak mungkin untuk kamu pikul. Maka ingatlah bahawa saat ini masih terlalu banyak orang yang diuji dengan ujian yang jauh lebih berat dengan ujian yang sedang kamu hadapi.
Keempat :: Bukankah ujian jika dihadapi dengan kesabaran maka akan menghapus dosa-dosa dan meninggikan darjat?
Kelima :: Bahkan boleh jadi ALLAH mengkehendaki kamu untuk meraih sebuah tempat yang tinggi di syurga yang tidak mungkin kamu perolehi dengan hanya sekadar amalan-amalan soleh kamu.
Keenam :: Ingatlah… dengan ujian terkadang kita baru sadar bahwasanya kita ini sangatlah lemah dan selalu butuh kepada Allah Yang Maha Kuasa. Terkadang kita baru mengenal yang namanya khusyu' dalam sholat…kita baru bisa merasakan kerendahan yang disertai deraian air mata…kita baru bisa merasakan nikmatnya ibadah…tatkala ujian datang…tatkala musibah menerpa.
Ketujuh :: Ingatlah, dengan ujian atau musibah yang menimpa kita terkadang menghilangkan sifat ujub pada diri kita. Kerana tatkala kita rajin beribadah dan selalu mendapatkan kenikmatan terkadang timbul ujub dalam diri kita dengan merasa bahawa diri kita hebat dan selalu beruntung. Jangan sampai kita tersalah persepsi dengan menganggap tanda kecintaan ALLAH kepada seorang hamba adalah tidak ditimpanya hamba tersebut dengan musibah.
Kelapan :: Bersangka baiklah kepada ALLAH, yakinlah bahawa disebalik ujian dan musibah yang menimpamu ada kebaikan dan hikmah. Justeru itu, jika ujian tersebut tidak datang dan jika musibah tersebut tidak menimpamu maka akan lebih buruk keadaanmu. ALLAH SWT berfirman :
"Dan boleh jadi kalian membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi kalian."
(QS Al-Baqarah : 216)
Kesembilan :: Bahkan boleh jadi musibah atau ujian yang kita benci tersebut akan mendatangkan banyak kebaikan. ALLAH SWT berfirman :
"Maka mungkin kalian membenci sesuatu padahal ALLAH menjadikan padanya kebaikan yang banyak."
(QS An-Nisaa : 19)
Kesepuluh :: Ingatlah bahawasanya tidak ada istilah istirehat sepenuhnya dan kegembiraan sepenuhnya kecuali di akhirat kelak. Selama kamu masih hidup di dunia ini maka persiapkanlah diri kamu dengan ujian yang akan mendatang. Bersabarlah demi meraih ketenteraman dan kebahagiaan abadi di syurga nanti. Ada orang awam yang berkata, "Kalau mahu hidup di dunia harus bersedia diuji. Kalau tidak mahu diuji, jangan hidup di dunia!!!"