Search This Blog

Tuesday, 30 December 2014

10 Cara Mudah Jadi Bahagia


+ Positif ::
~ Tolak tepi perasaan tak puas hati atau apa je perasaan negatif kerana ia akan mengganggu kehidupan seharian. Walaupun terpaksa bekerja dengan majikan yang cerewet, teman sekerja yang pengotor mahupun jiran yang suka buat bising, lebih baik korang pekakkan telinga. Usah rosakkan hati dengan perasaan amarah.


+ Mengajar ::
~ Meskipun korang bukan di kalangan tenaga pengajar, tak salah membantu mencurah ilmu mengajar kanak-kanak. Perasaan dapat membantu dan berkongsi ilmu akan membantu meningkatkan rasa bahagia yang berpanjangan. Ia lebih indah apabila korang akan dihargai sepanjang masa.


+ Buat kek ::

~ Seronok pe menghabiskan masa mencari resepi di internet. Kemudian pergi membeli-belah bahan-bahan untuk membuat kek. Percaya ataupun tidak, perasaan teruja membuat kek boleh membangkitkan kebahagiaan kerana kek itu manis. Pastinya kenangan orang yang memakan kek korang tidak boleh dilupakan. Cipta kek coklat berbentuk hati lalu dihiasi dengan bunga ros merah.

+ Elak Tamak ::

~ Apabila korang membuat pilihan, pastinya korang mahu yang lebih baik. Tatapkan niat dan persiapan awal supaya tak berlaku stress untuk mencari sesuatu yang diminati. Misalnya, korang mahu membeli gincu bewarna merah, segera mengambil gincu bewarna merah dan terus bayar. Semakin lama korang berada di kaunter kosmetik, semakin banyak barang yang akan korang beli dan bazirkan nanti.

+ Bersenam ::

~ Pada sesetengah orang, bersenam sebanyak 3 kali seminggu selama 30 minit lebih baik daripada mengambil ubat-ubatan. Oleh sebab itu, sekadar berjalan kaki setiap hari juga dapat mengelakkan korang dari terkena sebarang serangan penyakit. Lebih baik mencegah daripada mengubati.

+ Go Green! ::

~ Mungkin bunyi seakan kelakar tapi berkongsi kasih sayang bersama tumbuh-tumbuhan hijau lebih membahagiakan. Tak percaya? Cuba tanam pokok bunga, pasti korang ternanti-nanti bila bunga tu akan mekar. Begitu juga dengan perasaan teruja menanti sayur yang ditanam untuk dimakan.

+ Coklat jam 2 petang ::

~ Tahukah korang bahawa tahap serotonin dalam otak membantu mengalirkan mood pada waktu petang. Oleh sebab itu, tak salah mengambil snek sekitar jam 2 petang. Snek yang dimaksudkan perlulah mengandungi vitamin B, asid folik dan karbohidrat kompleks seperti yang terkandung di dalam coklat tenusu. Makan coklat juga mampu menangani stress.

+ Nostalgia ::

~ Usah hadkan kuasa nostalgia. Benar! Dengan melihat kembali gambar-gambar terdahulu mampu mengembalikan perasaan gembira dan teruja seperti ketika gambar itu dirakamkan. Sekurang-kurangnya korang akan ingat kembali apa yang berlaku saat itu. Nostalgia tak mampu dikembalikan tetapi korang boleh merasai semula perasaan bahagia.

+ Kongsi kekayaan ::

~ Memberi wang kepada yang memerlukan adalah lebih bahagia berbanding membelanjakannya sendiri wang yang banyak. Jadi sesekali membelanja adik-beradik, teman rapat mahupun rakan sekerja minum petang, bukan je mendapat ganjaran pahala, tetapi korang akan semakin kaya kerana kerap dirahmati murah rezeki.

+ Chill ::

~ Cara bergembira bergantung kepada seseorang. Ada orang meraikan kegembiraan dengan duduk je di rumah tanpa melakukan apa-apa. Tak kurang juga ada orang akan tidur untuk merasa gembira. Apa kata ubah perkara biasa cara meluahkan kegembiraan dan 'bertapa' di dalam rumah kepada keluar melakukan aktiviti. Ajaklah teman-teman dan katakan "Jom, chill di Bukit Broga!"



Kredit :- www.wangcyber.com

Menarik di sini :- Do's and Dont's Di Dalam Bilik Mesyuarat

Thursday, 11 December 2014

Pengalaman Membeli Smartphone Di Directd

Assalammualaikum dan selamat pagi jumaat. Jom hashtag #121214. Agagaaa. Intro bukan main lg. Malas lah nak intro lebih2. Risau jap g tetiba keje datang pulak, pastu terbantut nak create blog ni. Ekekeeee. Skrg boss xde, bukan main beria dan semangat lagik nak menulis nieh. Ngeee. 

Harini nak cite ape yg admin buat semalam masa cuti Sultan Selangor. Kebetulan, adik bongsu admin dh abis belajar, mmg dia tanam anggur jelah kt umah ni. Huhu. Bosan2 semalam, lepas zohor kami amik keputusan nak g usha2 harga smartphone. Dalam tgh2 drive tu, admin pikirkan balik, baik admin g beli je terus. Xdelah seksa batin admin ni bila balik umah nanti. Lg pn, smartphone admin yg x seberapa smart ni dh mcm buat hal. Ikotkan hati, nak aje campak kat dinding jiran sebelah. Huhu. 


Huuu, panjang pulok rangkap ke-2 tu kan. Ni dh masuk rangkap ke-3 dh. Mcm buat karangan masa sekolah2 dulu lak rasanya. Heh2. 


Nak dijadikan cerita, masa tgh drive semalam admin cadang nak g Giant Bandar Puteri je. Tp, biasalah manusia. Kalau shopping complex dekat ngan umah, bukan main jual mahal xnak pergi. Padahal, IOI Mall Puchong, Setia Walk Puchong, Tesco Puchong, ade jee kalau nak pergi. One City USJ pun leyh tahan dekat, tp kena sekali tol sama jgk dengan Main Place USJ. Tp, ntah kenapa, kunun2 admin nak singgah time balik nanti.

Jd, admin pn teruslah ke arah USJ. Tgh kat lampu isyarat baru admin minta bantuan adik admin bukak waze carikan engine "Directd SS15." Akhirnya, jumpa jgk dan tercapai jgk impian admin nak sampai pusat pemborong smartphone yg org kata murah dan telefonnya yg berkualiti. Sebenarnya, sebelum ni admin dh byk google harga. Mmg ade setengah2 smartphone murah dan ade yg lebih kurang kat luar. Kalau korang nak tahu murah ke x harga smartphone kat situ, ce try usha harga kat sini.. 


Admin sebenarnya tgh cari note 3 utk admin, mega 2 utk mak admin dan asus zenfone 5 utk adik admin. Mulanya dh inbox directd kat facebooknya. Memang layanan tiptop. Boleh tahan cepat jgk balasnya. Tp, masih juga buat admin ragu2 nak beli by pos. Huhu. 


Sampai je depan kdai tu, memang parking byk yg double. Kira 2x gak laa admin pusing. Kali ke-2 baru dapat parking yg betul2 parking, bukan double park okkk. Huhu. Itu pun, depan kedai makan cina, kira jaraknya lebih kurang 15 gerai gak laa. Nak kata penat jalan tu x sangat. Ni haaa admin nak citer pengalaman penat beratur. X pulak admin amik gambar semalam. Tp kalau nak tahu cmne gaya ramainya org, lebih kurang gambar di bawah ni. 



Sumber gambar : Google

Sesampai jee, admin agak keliru. Kenapa directd byk lot. Admin punya excited nak dapatkan note 3 tu, xpk panjang. Terus beratur jeee ikut barisan. Terasa mcm nak beli makanan kat kantin sekolah pulok. Depan admin ade lebih kurang 8 org tgh beratur. Pada admin, xdelah ramai sgt. Admin masih boleh bertahan utk menanti turn. Kaunter masa tu ade 2 bahagian. Sampai ade lg 4 org depan admin, baru admin tanya org depan "first time ke dtg sini?" dia pn jwb, "yer, first time". Tp pada masa tu admin still xsedap hati. Mcm ade yg xkena. Tp xpe, admin beratur jeeee bersabar sambil perhatikan 2 org sales yg sedang layan pelanggan. Sales yg admin beratur, kejenya boleh tahan pantas. Sambil ckp tepon pun boleh buat keje dengan pantas. Sales yg lg 1 kureng sikit, Maybe bergantung pada pelanggan. Kalau pelanggan xcerewet mungkin kejenya mudah dan pantas. Ade setengah pelanggan nak beli byk. Itu yg makan byk waktu utk melayan. Huhu. 

Hahhh, ini bab geram dalam sabar!!!~ Dalam tgh2 beratur..... nanti admin cerita part 2 pulok. Panjang pulok story ni. Huhhhh!~


Wednesday, 3 December 2014

6 Cara Elak Mengantuk Di Pejabat

Sering kali rasa letih atau mengantuk ketika waktu bekerja? Admin nak kongsikan tip untuk kekal segar kala bertugas.
1. Jangan Tinggal Sarapan
Sarapan merupakan sumber penting yang memberi tenaga kepada kita untuk bergerak seharian. Selepas sarapan diri akan terasa lebih segar dan bersemangat untuk kerja seterusnya mengikis rasa mengantuk akibat lapar.

2. Buat Rengangan Badan
Bangun sebentar dari tempat duduk dan lakukan pergerakan kecil atau senaman rengangan badan. Jika mahu, jalan di sekitar pejabat untuk kembalikan kesegaran.

3. Kunyah/Makan
Ambil makanan ringan seperti kuih-muih atau biskut untuk dijadikan snack kerana kunyahan merupakan cara paling efektif untuk menghilangkan rasa ngantuk. Buat persediaan awal dengan menyimpan bekalan di pejabat atau beli di waktu makan tengah hari.

4. Sembang Dengan Rakan Sekerja
Berboraklah dengan rakan sekerja jika berpeluang. Ianya dapat menghilangkan rasa bosan seterusnya memberi serta menaikkan semangat ketika bekerja.

5. Tidur Cukup Pada Waktu Malam
Mungkin salah satu faktor rasa mengantuk di pejabat adalah kerana tidur yang tidak mencukupi pada malam sebelumnya. Disiplinkan diri dengan tidur awal dan rasa sendiri perbezaan pada keesokan harinya.

6. Motivasi Diri
Sentiasa rangsang diri dengan kata-kata semangat yang boleh memberi dorongan untuk bekerja dengan lebih bertenaga lagi.

Kredit :- Artikel Eh.Com
Menarik di sini :- Muhasabah Diri

Do’s and Don’ts Di Dalam Bilik Mesyuarat

Ketika berada di bilik mesyuarat setiap pekerja atau staf perlulah mengambil tahu tentang etika dalam persekitaran kerja agar tidak menyinggung mesyuarat yang sedang berlangsung. Ia umpama menjaga imej baik kita serta tata tertib agar mesyuarat yang dijalankan berjalan dengan lancar dan sempurna.



Admin nak share sket beberapa perkara mengenai "Do's and Don'ts Di Dalam Bilik Mesyuarat" dari artikel sebelah.

Do's
  1. Hadir ke mesyuarat dengan bersiap sedia bersama idea serta cadangan untuk pembentangan.
  2. Beri perhatian yang penuh ketika mesyuarat sedang dijalankan.
  3. Lebihkan mendengar dari berkata-kata. Ini kerana anda akan lebih mempelajari mesej yang disampaikan ketika mesyuarat. Orang yang menahan segala komen atau ulasan mereka sehingga mereka rasakan ia penting untuk dikatakan ketika di bilik mesyuarat adalah orang yang bijak dalam mengawal keadaan dan mencari masa yang sesuai.
  4. Jangan mencelah perbualan antara dua orang di dalam bilik mesyuarat seperti perbualan antara majikan dan staf lain.
  5. Duduk dengan tertib dan elak menongkat dagu, kepala atau duduk membongkok.
  6. Catat segala nota yang dibentangkan ketika mesyuarat.

Don'ts
  1. Jangan buka komputer riba atau tablet anda ketika berada di bilik mesyuarat. Beri perhatian lebih pada mesyuarat yang dijalankan.
  2. Elak gunakan telefon bimbit atau sebarang gajet lain.
  3. Perbualan antara rakan sepejabat perlu dihentikan dan tidak seharusnya berlaku.
  4. Tinggalkan bilik mesyuarat jika betul-betul terdesak sahaja, selainnya tidak boleh diterima.
  5. Kawal konflik yang mungkin berlaku di bilik mesyuarat dengan baik. Jika anda berbalah ketika mesyuarat bersidang, berikan jalan penyelesaian yang baik dan dengan tenang.
Kredit :- www.eh.com.my
Menarik di sini :- 10 Pesanan Imam Syafie

Monday, 1 December 2014

Tips penting perlu diperiksa sebelum membeli handphone

SEBELUM anda membeli telefon bimbit ada tips penting yang harus diikuti untuk memastikan anda membeli telefon yang terbaik, atau sekurang-kurangnya anda mengetahui tahap kualiti telefon bimbit anda.

Sebelum membeli, pastikan anda memeriksa dahulu no IMEI [International Mobile Equipment Identity], untuk mengetahui keaslian handphone yang ingin dibeli.

Tekan *#06# akan tertera satu siri nombor unik contohnya seperti 359598040475402. Perhatikan nombor yang ke 7 dan ke 8. Contohnya, untuk no siri 359598040475402, no ke 7 dan ke 8 ialah, 04.



Dari sini anda boleh mengetahui tahap keaslian dan kualiti telefon bimbit yang ingin dibeli. Rujuk data di bawah.

02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA


Kredit :- MiloSuam.Blogspot
Menarik di sini :- Rasa syukur

Friday, 14 November 2014

TIPS Pengurusan Kewangan Bagi Pasangan Baru Berkahwin

Assalammualaikum. Harini saya nak share mengenai tips pengurusan kewangan pada mereka2 yg baru berkahwin. Walaupun saya belum lagi mendirikan rumah tangga, tips ini juga amat berguna di masa akan dtg. InsyaAllah.

Jom kita lihat hasil perkongsian dari blog sebelah.


Banyak pasangan terjebak dalam kesibukan majlis sebelum dan semasa pernikahan dengan hanya mempersiapkan majlis pernikahan atau kenduri perkahwinan dan lupa bahawa ada kehidupan selepas perkahwinan yang juga perlu dipersiapkan dengan lebih serius. Salah satunya adalah masalah kewangan. Berikut beberapa tips bagi anda yang akan berkahwin atau baru saja menjalani pernikahan.

1. Tulis tujuan yang ingin anda berdua capai.

Pastikan pasangan anda tahu keadaan kewangan anda (pendapatan, hutang, perbelanjaan). Selepas itu, tetapkan matlamat jangka panjang. Sebagai contoh, adakah anda ingin bersara di usia tertentu? Adakah anda ingin mengelakkan hutang? Tentu ia memerlukan rancangan terperinci untuk tujuan jangka panjang tersebut.
2. Berapa akaun bank yang anda perlukan.
Suami isteri digalakkan membuka satu akaun khas yang boleh diakses oleh keduanya. Ini akan menjaga kepercayaan dalam perkahwinan. Boleh juga menggunakan akaun peribadi masing- masing. Pembelanjaan dengan kedua-dua kaedah tersebut tentunya berbeza. Dengan kaedah pertama, semua transaksi pembelanjaan tercatat dalam satu akaun. Sebaliknya, ada dua catatan transaksi jika anda memutuskan menggunakan kaedah kedua. Pastikan ada pembahagian jumlah dan tanggungjawab yang tepat. Misalnya suami membayar ansuran rumah dan kenderaan sedangkan isteri menggunakan wang untuk membeli keperluan sehari-hari.
3. Dana Kecemasan, pelaburan jangka panjang dan duit persaraan.
Jika anda belum memilikinya, jadikan ini keutamaan pertama dalam kewangan anda. Dana atau duit kecemasan perlu disediakan untuk hal- hal yang tidak anda duga seperti pemberhentian kerja, keluarga yang sakit teruk, bencana alam, atau keperluan mengejut yang tidak boleh ditangguhkan. Dengan mengasingkan dana kecemasan untuk keperluan sekurang-kurangnya 6 bulan ke depan, kewangan anda akan terjaga dan hubungan perkahwinan anda juga. Memilih pelaburan jangka panjang boleh dirujuk kepada rakan yang lebih dulu berpengalaman. Jika ingin risiko kecil mulailah dengan tabungan yang berskala kecil. Sama juga dengan dana pencen. Walaupun anda berdua hanya mengasingkan jumlah kecil setiap bulan, namun dalam puluhan tahun ke depan dana tersebut sudah boleh anda nikmati semasa pencen. Wang KWSP dan wang pencen juga boleh digunakan dengan dana tambahan yang anda simpan untuk kegunaan di hari tua anda.
4. Menetapkan bajet bulanan.
Tentukan berapa jumlah maksimum yang boleh dibelanjakan setiap bulan. Hal ini dilakukan untuk mengelakkan hutang. Untuk menentukan jumlahnya, mulai dengan mencatat pengeluaran dalam satu bulan. Tulis secara terperinci bermula dari keperluan pokok seperti makanan, sewa atau ansuran rumah, pengangkutan sampai keperluan seperti makan di luar dan menonton di pawagam. Lakukan ini selama beberapa bulan dan anda akan mendapat gambaran berapa bajet perbelanjaan bulanan anda. Jangan lupa peruntukan untuk perbelanjaan yang tidak rutin dan tak terduga seperti servis kenderaan.
5. Buat perbincangan tentang kewangan secara rutin.
Mesyuarat ini bukan hanya akan menolong anda menetapkan kedudukan kewangan keluarga, namun juga menguatkan hubungan suami isteri sebagai satu pasukan dalam menghadapi masalah yang kemungkinan besar berlaku dalam kehidupan kewangan anda. Komunikasi yang terjalin dalam mesyuarat akan membina kepercayaan suami isteri serta menolong masing- masing agar berhenti bimbang tentang wang. Sangat bagus jika perbincangan kewangan diadakan setiap seminggu sekali.
6. Keluar dari hutang dan tetap elakkan hutang.
Bincangkan secara khusus tentang bagaimana membayar hutang. Seseorang boleh jatuh sakit gara- gara mempunyai hutang. Tetapi mengelakkan hutang tidak hanya membuat anda terhindar dari sakit, namun juga pasangan anda. Kesihatan fizikal anda berdua akan mewujudkan perkahwinan yang sihat juga. Untuk boleh menjadi pasukan yang baik, suami dan isteri perlu punya pemahaman yang sama dalam hal mengatur kewangan.



Menarik di sini :- Bukan Saja-Saja?

Wednesday, 12 November 2014

Cara berkasih sayang mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.


1. Tidur satu selimut bersama isteri
2. Memakai wangi-wangian
3. Mandi bersama isteri
4. Menyikat rambut suami
5. Membantu isteri di dapur
6. Minum bergantian pada tempat yang sama
7. Membelai isteri
8. Tidur dipangkuan isteri
9. Memanggil dengan kata-kata mesra
10. Berjalan berpegangan tangan




Menarik di sini :- 10 Pesanan Dari Imam Syafie

Bukan Saja-Saja?


BUKAN SAJA-SAJA ALLAH meletakkanmu dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH mengurniakanmu KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA ALLAH membiarkanmu mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..

MELAINKAN ALLAH tahu kamu akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN ALLAH tahu kamu bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN ALLAH akan temukan kamu dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN ALLAH mahu menguatkanmu..
MELAINKAN ALLAH mahu kamu tahu betapa tingginya kasih sayangNYA padamu..

Semoga Allah permudahkan jalan kerjaya ku ini. Aamiin..





Menarik di sini :- Pukul 1.38 am

Tuesday, 11 November 2014

10 Pesanan Dari Imam Syafie

Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Harini saya nak kongsikan 10 pesanan dari Imam Syafie.

  1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
  2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
  3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
  4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.
  5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.
  6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
  7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
  8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
  9. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.
  10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
Semoga kita dapat memanfaatkan pesanan tersebut sebaik-baiknya.


Selingan

Selingan

Selingan


Menarik di sini :- Petua-Petua Kahwin

Wednesday, 29 October 2014

Hujan Yang Bermanfaat


Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana menurunkan hujan. Harini aku keluar lunch agak lewat sikit sebab di luar hujan. Risau kuyup pulak anak Pak Mior ngan Kak Ton Comel ni nanti. Huhu. Aku sedar aku lari buruk, tu sebab xberani lari waktu hujan lebat cenggini. Heh2. Hujan di luar ofis agak lebat jugaklah. Payung pula takde. Ngeh3. Mmg xde buat simpanan payung pun. Huhu. Sementara tgh tggu hujan berhenti ni, aku saja mengisi masa lapang dgn hapdate blog yg beberapa hari telah bersawang. Nasib baik hari, bukan bertahun2. Huhu. Mahu berkulat blog jawabnyer kalo x hapdate blog bertahun... (nampak bebenor nipu nyer). Huh.

So, dgn itu, dari aku merepek meraban panjang lebar, jom aku nak share sikit tujuan asal aku iaitu gambar2 berkaitan dgn hujan. Semoga bermanfaat buat sekalian.

Aduh sedapnyeee buah itu. Rasa mcm nak ngap aje. Sebab tgh lapar. Huhu. 

Tu dia payung. Sumber gambar dari Encik Google. Huhu. Rasa mcm nak amikkk je payung ku sekarang yg berada dalam kereta. Payungku kaler pink. Cap avon lagik tuh! Wahahaaa.

Doa memohon diturunkan hujan & doa ketika hujan turun.

Doa ketika hujan lebat.

Doa ketika hujan.

Doa ketika terjadi kilat dan petir.


Selingan :- Doa agar dipermudahkan segala urusan.

Selingan :- Doa ditimpa musibah.

Selingan :- Have a lovely day. 


 Ok bai. Hujan kat luar ofis pun mcm dah nak stop. Huuuu, perut dah lapar. Teringat masakan gulai tempoyak ikan patin masakan umi kat rumah. Dari ofis ke rumah perjalanan mengambil masa 5 ke 8 minit je. So, mmg setiap hari lunch aku balik rumah. Lagipun senang nak solat bagai. Rumah sendirikan, dah tentu2 selesa. Yuhu...... 

Da be da be duuuuu. Adios!~

Menarik di sini :- Adab & Tatatertib



Monday, 20 October 2014

Petua-Petua Kahwin

Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia?  Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?
  • Sentiasa berdoa agar disayangi.
  • Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
  • Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
  • Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
  • Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
  • Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
  • Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
  • Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
  • Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
  • Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
  • Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
  • Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
  • Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
  • Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
  • Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
  • Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
  • Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
  • Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
  • Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
  • Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
  • Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  • Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
  • Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
  • Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
  • Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
  • Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
  • Sentiasa lakukan ibadah bersama.
  • Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
  • Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
  • Urut belakang isteri sekali sekala.
  • Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
  • Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
  • Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
  • Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
  • Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
  • Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
  • Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
  • Lebihkan isteri daripada anak-anak.
  • Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
  • Seeloknya masuk tidur serentak.
  • Belai isteri sebelum pergi kerja.
  • Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
  • Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
  • Lakukan riadah bersama isteri.
  • Pergi berkelah sekali sekala.
  • Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.


Kredit :- www.syokkahwin.com
Menarik di sini :- Saat Yang Paling Bahagia

Friday, 17 October 2014

Pukul 1.38 am

Huhu, Assalammualaikum dan selamat petang. Hehhhh2, petang kejadahnya. Jam pun dh menunjukkan kul 1.38 am. Sepatutnya ini adalah waktu tidurku. Tp, ntahlah kenapa tiba2 jari-jemari ni rajin pula utk menaip. Biarlah apapun, asalkan aku gembira dgn caraku.

Sebenarnya, baru lepas tolong umi sediakan bahan memasak utk kenduri angah nazrul bsk di shah alam. Angah bakal kawen dgn org kelantan. Hrp2 semuanya dpt berjalan dgn lancar.

Seronok sebenarnya dgr kenduri-kendara. Selain dpt berjumpa sanak-saudara, rewang dalam segala hal, kita juga dpt bergambar sakan bersama2. Al-maklumlah, lama xjumpakan. Kebanyakkan besok, akan berjumpa bukan saja dgn sepupu-sepapat, malah akn brjumpa dgn 2 pupu yg rapat2 sejak dari kecil.

Xsabar rasanya nak berkumpul. Tp, kakakku dan abg iparku xdpt join bersama. Dowg gi jejalan beli air kat Perth. Rezeki dowg dpt ke sana. Apepun, semoga bulan madu mereka dipermudah.

Ok saja coretanku pd malam ini. Saja gataiii nk cuit2 sikit. Dptlah juga jd kan kenangan utk tahun2 yg akn dtg. Semoga dpt bertemu lg. Chow chin chun. Adios!!!

Selingan jer ni. Bosan2.. saja nak throwback. Inilah sy dan kakak sy yg seorang. Gambar masa kecik. 

Yg terduduk tu laaa angah nazrul yg nak kawen. Ini jelaaa gambar dia yg paling latest dlm stock simpanan yg sy ade. Huhu.

Ni lah adik perempuan sy yg seorang. Baru je balik setelah beberapa minggu xbalik. Igt jugak dia kt rmh. Huhu. Ok bai. 

Jam pun menunjukkan kul 1.58 am. Xsampai setengah jam pun menaip. Kalau dh suka, layankan ajer. Sementara tgh ade idea kan. Hehhhh. Chow chin chun yaa. Daaa2!!!~ ;-) 

Menarik di sini :- Bahaya Fitnah Dalam Hidup

Tuesday, 14 October 2014

Beli Kereta Tanpa Berhutang



Assalammualaikum dan selamat pagi malaysia. Harini anda sarapan ape? Sy dh sarapan awal lg di rumah. Makan nasi kuah asam pedas. Itu pn makan cpt2 sebab rushing. Amik kuah je, xamik lauk. Nyum3..... xsabar nak balik tengahari ni makan. 



Harini ade nak berkongsi tips sikit. Perkongsiannya, sy share dari laman sebelah. Ada benarnya, ade betolnya. Masing2 punya cara dan pendapat. Jom baca dulu.... 



Nak beli kereta tanpa berhutang?

CARA BELI KERETA TUNAI – AWAS : BANK SANGAT TIDAK SUKA ARTIKEL INI

Keperluan : Perlu kereta untuk kerja
Batasan : Nak kumpul duit cukup sampai tua tak beli kereta
Solusi biasa : Pinjam Bank
Harga Kereta : RM40,000 – D/P RM4000 – bulanan RM438.33 Interest : 3.5% Tempoh : 9 Tahun
Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak termasuk jika selalu kena penalti bayaran lewat)
Documentation Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua ini biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan runner mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan…kita sain jer, lepas tu kita juga kena bayar bulan-bulan).
Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64
Kita nak buat begini
Harga kereta : RM40,000 (RM38,000 – biasa boleh nego kalau tunai)
Bayaran : RM38,000
Untung bank : ZERO
Masalah biasanya ialah susah orang nak tunggu kerana kerata sangat perlu untuk pergi dan balik kerja. Mari saya cadangkan satu cara yang pernah berjaya dibuat oleh mereka yang pernah datang meminta nasihat sebelum ini (kita panggil beliau “Najib” – fresh graduate yang bekerja dengan swasta).
Anda target untuk memiliki sebuah Perodua Myvii berharga RM40,000 atau yang setaranya. 
Misi : Kumpul duit RM40,000
Tapi : Perlu kereta segera
Kumpul RM4,000 dan mula dari situ. Dengan RM4000 itu boleh bayar downpayment HUTANG kereta baru ATAU dengan RM4000 itu boleh dapatkan sebuah Perodua Kelisa / Kancil yang berusia lebih 12 tahun. Masa ini biasanya bank sudah tak bagi finance kereta seumur itu dan harganya akan drop serendah-rendahnya kerana sasaran hanya kepada pembeli tunai. RM4000 boleh dapatkan sebuah kereta Kancil yang sangat mungkin kosmetiknya kurang tapi kerosakannya mungkin kurang. 
Najib pilih ikuti nasihat untuk beli sebuah Perodua Kancil EX660 yang masih berkeadaan baik dengan harga RM3500 (Sebenarnya Proton Wira pun boleh dapat harga begitu…cuba cari di Mudah.My dan pastikan kita tak silap pilih kereta bermasalah). Pilih model yang spare-part dan repair murah dan kalau lebih baik dapatkan kereta yang dalam kondisi terjaga. Sekarang, untuk tujuan pergi dan bali kerja sudah tercapai. Yang tak tercapai ialah tiap-tiap raya tak boleh nak eksyen dengan bekas gelfren kononnya nak tunjukkan “achievement”. Tahap ni, kena sabar sikit kerana kawan-kawan sebaya termasuk junior sekolah pun dah mula tayang Honda City mereka (hutang) bayar tempoh maksimum. 
TETAPI walaupun tiada komitmen bulanan, Najib dinasihatkan untuk membuat tabungan sebanyak RM450 sebulan di dalam pelaburan koperasi yang menguntungkan. Kalau beli kereta barupun, RM450 juga akan bayar bulan-bulan…anggaplah macam beli kereta dengan loan cuma RM450 kita laburkan bukan bayarkan loan. Dalam kes ini, Najib saya sarankan untuk melabur dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) kerana beliau juga anak Peneroka. Untuk pengetahuan, KPF bayar dividen sangat tinggi juga (selain itu dengarnya Koperasi Angkatan Tentera juga tinggi pulangannya). Jika tidak, paling teruk pun boleh masukkan dalam ASB atau Tabung Haji dengan kadar dividen yang “not bad” lah…jangan simpan dalam akaun simpanan yang ada ATM dan kemudian susah nak disiplinkan diri bila Sarcasteek keluarkan design-design baru…gatal jer nak gi shopping. Boleh juga cari prospek pelaburan lain yang mungkin lebih baik seperti emas, unit amanah, bon dan lain-lain, cuba intai-intai perunding kewangan yang terbukti rekodnya (saya cadangkan perunding dari The Millionaire Sister Group)
RM450 x 89 bulan = RM40,050
Apabila disekalikan dengan dividen pelaburan, tempoh 89 bulan itu boleh dikurangkan sehingga 70 bulan ataupun pada tempoh yang sama boleh dapat sampai RM55k-60k
Untuk kes Najib, beliau dapat disiplinkan diri untuk menyimpan RM450 dan dilabur dalam prospek pelaburan yang cerdik. Bulan ke 70 sahaja, beliau dah ada RM40k (kira-kira 5 tahun lebih). Mari kita mula kira
Dalam simpanan : RM40,000
Harga Perodua Kancil lama : RM2000
Tempoh tahan sabar kerana tak macho : 70 bulan
Ok, asalnya beliau nak beli sebuah kereta MyVii baru RM40k kan? Tapi selepas beliau dah ada kuasa tunai, beliau dapat beli sebuah Honda CRV terpakai yang masih dalam kondisi “Nora Danish” (cun) dan mempunyai maintenance yang rendah serta trade-in value yang tinggi dengan apa yang beliau ada. Disebabkan pembelian secara tunai, sebuah kereta Honda CRV dengan harga buka RM55k boleh tawar sampai harga RM45,000. 
Sekarang, Najib sedang mencarum semula dalam dana keretanya sebanyak RM600 sebulan. Dalam tempoh 7 tahun akan datang, Najib boleh memiliki sebuah Mercedes S320 terpakai dengan harga RM100k (harga beli baru RM800k). Ada cara lebih baik jika masih sabar, beli sahaja kereta pada nilaian RM20-30k dan selebihnya teruskan mencarum untuk pelaburan dan lebarkan prospek pelaburan yang ada. Macam orang tanam pokok yang dah berbuah, nak ambil buah jangan tebang pokok tu, trim sikit sudahlah…and let the money work for you. 
Kita tak perlu jadi penganalisis ekonomi untuk jadikan kita bijak. Kita cuma perlu BERPUASA sedikit. 7 tahun sahaja orang rasa tak cool bawa kereta cabuk. Lepas 7 tahun…kawan yang pakai Hondai City tu masih terkial-kial bayar bulanan. Awak dah bawa kereta lebih tinggi statusnya secara TUNAI. 
Boleh cuba sekarang. Saya tahu kerana saya pernah jadi orang bodoh yang rakus mahukan impresi orang dengan kereta baru yang HUTANG dan dari situ saya belajar…untuk BERPUASA dan beli kereta bukan untuk tayang pada orang lalu saya mampu bebas dari hutang kereta. Saya juga pernah berkata, kenapalah aku bodoh sangat kerana tidak tahu perkara ini dari zaman muda dahulu lagi. 
Jaguar S-Type (muka jongos) pada zaman kegemilangannya pada tahun 2001 dahulu berharga sekitar RM800k dan hanya RM50k pada hari ini. Orang tetap lihat…itu ialah Jaguar. Bawa Jaguar baru RM800k dan Jaguar terpakai RM50k jenamanya tetap sama. Pak Bilal yang taknak kahwinkan anaknya kepada kamu kerana kamu pakai Kancil 660 pun tak tahu beza harga Jaguar baru dan 2nd hand pun. 
Beli kereta untuk keperluan…jangan bayar lebih untuk puaskan hati sendiri dengan sakitkan mata dan hati orang lain yang melihat. Lagi satu, orang kata kalau beli kereta tunai nanti income tax cari…jangan takut pasal perkara ini jika anda bukan jenis orang lari dari cukai. Cukai hanya kutip berdasarkan pendapatan kita dan bukan kerana kita beli kereta tunai. 
Sekian tips kewangan dari kisah sendiri. Ini SEKADAR TIPS dari saya dan saya pasti ada ribuan tips lain yang lebih baik. ALASAN TETAP ADA UNTUK TIDAK MELAKUKANNYA DAN ITU SEMUA PILIHAN ANDA. Tidak ada paksaan dan satu statement mengatakan apa yang saya tips kan ini satu ketetapan negara…maka, tak perlu beri alasan sangat kepada saya. Saya tak perlu pun dengar alasan untuk mengubah apa yang telah berjaya dilakukan (past-tense dah). Ini bukan isu beli liabiliti dengan tunai satu tindakan kurang bijak…tetapi pada saya, ini cuma satu usaha untuk tidak commit kepada riba termasuk “Riba’ Islamic”.
Selamat mencuba.
Bercerita pasal kereta, sy nak share. Inilah kereta idaman sy. Biasa2 jee. 
Dah nak ambik haritu. Tp, bila pikir2 balik nanti2lahhh. Pakai ajerrr kenari dulu. Syukur dengan apa yg ade. Yer dak? Huhu. Ini semua dunia. Hurm........ 

Ok, sekian saja dari sy. Semoga dapat berjumpa lg.

Kredit :- Coklatoreo.com
Menarik di sini :- Inspirasi kehidupan