Search This Blog

Monday, 30 November 2015

Kebaikan Minum Air Kosong




Antara sebab terbaik kenapa kita perlu minum air kosong.

Jika anda tidak minum air, anda akan mati. Memang itu yang paling penting. Kita boleh hidup tanpa makanan tapi kita tidak boleh hidup tanpa air. Badan hanya mampu bertahan dalam seminggu tanpa air selepas itu kita mungkin mati kekeringan atau dehidrasi.

Mencegah dari kanser.
Mengurangkan risiko terkena kanser kolon dan kanser pundi kencing, dan mungkin mengurangkan risiko kanser payudara.

Mengawal perasaan lebih baik.
Kekurangan air boleh menjejaskan jiwa dan perasaan, anda akan mudah marah serta emosi asyik tergangggu. Fikiran akan lebih jelas dan lebih bahagia dengan meminum lebih banyak air.

Kesihatan badan lebih baik.
Air meningkatkan tahap kesihatan badan dari segi fizikal ke tahap yang lebih baik. Otot manusia yang baik memerlukan 45 peratus air untuk bergerak. Kekurangan air menyebabkan otot menjadi lemah, mudah letih, pening dan ketidakseimbangan fungsi badan.

Mengurangkan berat badan.
Bagi anda yang cuba untuk menguruskan badan, minum air ketika lapar. Anda akan makan lebih sedikit ketika makan. Ini kerana perut sudah kenyang. Sebenarnya apabila kita merasa lapar kita berasa lebih dahaga.

Mengurangkan sakit sendi.
Mampu mengurangkan sakit pada sendi dengan menjadikan tulang rawan lebih lembut agar mudah bergerak ketika tulang bergeser.

Membuang toksin dari badan.
Sistem penghadaman kita memerlukan air untuk berfungsi dengan baik. Selepas minum biasanya air akan keluar melalui peluh atau air kencing. Jika kita tidak minum air, badan kita tidak mampu mengunsir sisa toksik badan dan jika toksik terkumpul ia akan mendatangkan pelbagai masalah. Air juga dapat menyembuhkan penyakit sembelit.

Mencegah sakit kepala atau imgrain.
Sakit kepala boleh terjadi disebabkan oleh kekurangan air, jadi air minum boleh mencegah atau mengurangkan sakit kepala agar peredaran darah di kepala berjalan lancar.

Membuat kulit anda lebih sihat dan cantik.
Pengambilan air yang tetap dan banyak membantu membina sel kulit baru, ini boleh meningkatkan warna dan tekstur kulit lebih sihat dan cantik. Berpeluh juga mengawal keseimbangan pada kulit agar bekerja dengan baik.

Mengurangkan risiko penyakit jantung.
Satu kajian selama enam tahun pada tahun 2002 oleh American Journal of Epidemiology mendapati mereka yang minum lebih daripada 5 gelas air sehari adalah 41% kurang berisiko meninggal dunia akibat serangan jantung.



Wednesday, 18 November 2015

15 Tips Menurunkan Berat Badan

Assalammulaikum. Hasil perkongsian sy ini, moga ianya bermanfaat untuk kesihatan kita bersama. Baca betol2 15 tips ni okeyhhh!!!~ 

1.    Saya Boleh!
Tanamkan azam itu dalam diri anda. Yakin anda boleh melakukannya. Apa saja godaan yang datang, sentiasa ingat azam anda itu. Sentiasa terapkan dalam fikiran anda bahawa anda boleh menurunkan berat badan. Jadikan mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan sebagai motivasi anda untuk berjaya seperti mereka juga. Sentiasalah berfikiran positif.


2.    Sarapan Adalah Wajib
Jangan sesekali meninggalkan sarapan pagi. Sebelum keluar rumah, jamahlah sedikit makanan kerana sarapanlah yang akan memberikan anda tenaga untuk meneruskan aktiviti harian. Tidak perlu makan sarapan yang berat. Cukup sekadar roti, telur atau jika tiada masa, anda boleh makan pisang, yogurt atau makanan yang mengandungi serat dan protein. Ia akan membuatkan anda berasa kenyang sehingga tengahari.


3.    Baca Dan Semak Kandungan Nutrisi
Jangan terburu-buru sebaliknya ambil masa untuk anda membaca atau memerhatikan kandungan nutrisi pada makanan yang anda pilih sebelum anda mengambilnya. Perkara ini amat penting kerana jumlah kalori dan zat inilah yang berperanan untuk menambah berat badan anda jika diambil secara berlebihan. Belajarlah untuk menyesuaikan keperluan tenaga atau kalori anda dalam seharian. Anda juga boleh membuat catatan yang boleh mengingatkan anda terhadap keperluan nutrisi anda agar pengambilannya sentiasa terkawal.

4.    Elak Diet Sementara
Kebanyakan orang mahu berdiet kerana mahukan keputusan dalam waktu yang singkat. Mungkin diet yang sangat ketat boleh menurunkan berat badan dalam jangka masa yang cepat namun selalunya ia akan bertambah semula dalam masa yang singkat. Berlapar semata-mata tidak akan membuat berat anda turun malah cara berlapar ini akan menurunkan metabolisme badan untuk membakar lemak. Paling penting adalah memilih makanan yang seimbang nilai gizinya mengikut keperluan tubuh anda agar kalori yang masuk akan dimanfaatkan tanpa disimpan menjadi lemak terkumpul dalam tubuh.

5.    Makan Dengan Teratur
Amalkan makan secara teratur dan jadikan ia sebagai rutin. Kadar metabolisme anda akan menurun apabila sedang lapar dan keadaan ini tidak begitu elok jika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Bagi menghindari keadaan tersebut, sediakan pola/menu pemakanan yang anda boleh ikuti dan jadikan rutin setiap hari.


6.    Banyakkan Pengambilan Serat
Serat amat penting untuk membantu menurunkan paras kolesterol selain melancarkan proses pada saluran pencernaan. Malah, serat juga membantu mempercepatkan rasa kenyang dan ini akan membantu anda untuk mengurangkan kuantiti makanan yang diambil. Sebahagian besar serat mempunyai kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah yang amat sesuai dalam menu pemakanan anda untuk membantu menurunkan berat badan.

7.    Pilih Makanan Yang Menyihatkan
Pemilihan makanan penting dalam usaha untuk menurunkan berat badan seperti yang anda mahukan. Pilih makanan yang mengandungi omega 3 (lemak baik) seperti ikan salmon dan tuna. Elakkan makanan mengandungi banyak lemak tepu. Pilih minyak sayuran sebagai sumber lemak kerana jumlah kalorinya yang sedikit. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

8.    Lakukan Senaman Dan Bersukan
Salah satu senaman yang paling mudah, menjimatkan dan boleh dilakukan bila-bila masa adalah berjalan kaki. Sentiasalah berjalan kaki setiap hari sekurang-kurangnya untuk tempoh 15 minit. Anda juga boleh pilih senaman bersukan yang sesuai dengan keadaan tubuh anda. Bersukan bukan sekadar membantu menurunkan berat badan tetapi juga menjadikan tubuh lebih sihat dan fit.

9.    Buang Kebiasaan Mengunyah Pada Waktu Malam
Inilah tabiat yang mudah mendorong kepada kenaikan berat badan. Hentikan tabiat ini kerana ia hanya akan menghancurkan impian anda untuk kembali langsing. Kalori yang anda ambil pada waktu malam akan bertimbun dan tersimpan sebagai lemak di dalam tubuh.


10.    Banyakkan Pengambilan Protein
Makanlah makanan yang mengandungi protein yang tinggi kerana ia akan membuat perut anda berasa kenyang hingga beberapa jam dan ini akan membantu mengurangkan keinginan anda untuk makan sebelum sampai waktunya.

11.    Buang Kebiasaan/Tabiat Buruk
Buang kebiasaan atau tabiat buruk yang mudah mengundang kenaikan berat badan dalam gaya hidup anda sebelum ini. Gantikan dengan kebiasaan yang lebih baik. Contohnya, gantikan penggunaan gula biasa dengan gula yang rendah kalori serta elakkan memasak makanan dengan menggunakan minyak yang banyak.

12.    Jadikan Teman Sekeliling Sebagai Pendorong Semangat
Jadikan orang sekeliling anda sebagai pendorong semangat anda untuk kembali langsing. Sekiranya anda putus asa atau patah semangat untuk meneruskan usaha menurunkan berat badan, teman-teman rapat anda akan menjadi pendorong semangat supaya jangan mengalah.

13.    Catat Setiap Perkembangan
Sediakan catatan untuk mencatit setiap perkembangan dari masa ke semasa. Lebih baik jika anda mempunyai teman untuk sama-sama menurunkan berat badan. Dengan ini anda boleh membandingkan catatan anda dengannya. Ini akan membuat anda lebih bersemangat untuk mencapai tahap penurunan berat yang anda inginkan. Anggaplah ini sebagai satu persaingan yang sihat.


14.    Minum Air Yang Cukup
Pendapat pakar kesihatan mengesahkan apabila anda minum air kosong/putih yang mencukupi, ia membantu anda menghindarkan diri daripada makan secara berlebihan. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air putih sehari.

15.    Turunkan Berat Badan Untuk Kesihatan
Anda inginkan tubuh sihat dan terhindar dari penyakit? Oleh itu, jangan berputus asa dalam usaha anda untuk menurunkan berat badan. Ia bukan sekadar untuk kelihatan langsing dan cantik tetapi juga untuk menjaga  tahap kesihatan anda. Selalulah memotivasikan diri anda agar matlamat anda berjaya dicapai.


Kredit :- Petua-hidup-sihat.blogspot.my
Related :- 7 Minuman Berkhasiat Sebagai Pengganti Air Masak
Menarik di sini :- Beli Kereta Tanpa Berhutang

Thursday, 5 November 2015

9 Ciri-Ciri Wanita Idaman Lelaki

Assalammualaikum. Kebiasaannya, ciri-ciri ini sesuai dijadikan panduan kepada wanita-wanita di luar sana yang dalam perancangan untuk mencari calon suami. Saya sharekan info ini dari blog sebelah. Moga bermanfaat.


Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :

1. Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.

2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.


3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.


4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.


5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.


6. Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.


7. Tidak Cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.


8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.


9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri wanita sejuk mata memandang seperti di bawa ini :

.:: – Bersopan-santun

.:: – Senantiasa memaniskan wajah

.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas

.:: – Menutup aurat

.:: – Ramah dan mesra

.:: – Tidak terlalu cemburu

.:: – Menghormati orang lain


Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki.

Jadikan tips yang terakhir ini sebagai rutin harian dalam hidup. Sebelum tidur, cuba menilai atau memuhasabah diri kita kembali. Cuba lihat di mana kelebihan dan kekurangan diri kita serta apa yang telah kita capai pada hari ini. Andai kita mampu mengatasi kelemahan diri sendiri, teruskan memperbaikinya dengan secara beransuran dan fahami bahawa kelemahan itu wujud supaya kita tahu apa kekuatan diri kita. Sepertimana Dr. Fadhillah Kamsah mendidik jiwa kita agar senantiasa mengamalkan sifat saling memaafi antara satu sama lain pada setiap malam sebelum melelapkan mata dan menikmati alam keindahan bermimpi.

Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri.


Kredit :- Penpatah.blogspot
Related :- Petua Untuk Wanita Mencari Jodoh
Menarik di sini :- 13 Tips Kahwin Oleh Ustaz Azhar Idrus

Wednesday, 26 August 2015

Rahsia Cemerlang Dalam Pergaulan

Orang yang cemerlang ialah orang yang hebat dalam pergaulan dan ramai kawan. Tiada kejayaan sebenar tercetus secara bersendirian. Kita amat memerlukan bantuan, teguran dan penglibatan orang lain untuk mengorak langkah menuju kejayaan. Pakar motivasi tanah air, Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah telah menyenaraikan faktor-faktor yang boleh meransang kehebatan dalam pergaulan.

Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik dengan kita ialah :

1. Jaga solat dan lakukan ibadah khusus dan umum yang lain.

2. Sentiasa bersangka baik dengan semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).

3. Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.

4. Banyakkan bersedekah, sama ada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.

5. Sentiasa memperbanyakkan sabar. Cuba mencari 1001 sebab sebelum kita memarahi seseorang.

6. Sentiasa ceria apabila bertemu dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.

7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu sama lain.

8. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan membuatkan orang lain mual terhadap kita.

9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insya-Allah orang lain akan tertarik kepada kita.

10. Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan bila diri mengingati mati.

11. Sentiasa syukur dan redha di atas pemberian Tuhan.

12. Sentiasa memberi salam atau ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.

13. Pamerkan simpati kepada individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.

14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.

15. Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan keburukan dan kelemahan orang lain.

16. Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Bagi menarik perhatian orang lain untuk mendekati kita, maka kita sendiri perlu memperbaiki diri dan kelemahan kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan kegiatan yang boleh mensabotaj serta memudaratkan dirinya. Setiap tindak tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana :

“Orang tidak kisah setakat mana anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka”.

Tuesday, 4 August 2015

Ogos weyh!

Heheheee... cepat sungguh masa berlalu. Baru rasa bulan januari, dah masuk april. Baru rasa april, dah masuk ogos. Amboiii kau miza. Over lak aiii. Melompat2 bulan ko yer. Xkisah laa, bulan apa pun. Sebenarnya nak cerita pasal kerisauan jugak laa sebab umur makin meningkat, berat badan dan saiz badan pun xnak kalah. Wakakaaa.

Mcm mana nak kurus? tengah memikir2 jugak ni. Moga mendapat petunjuk. Kadang, banyak gak tgk blog2 sebelah cara nak kecikkan peha bagai. Alaa alaa... kemain malas nak buat. Nak nulis blog ni pun kadang ikut mood, ini kan nak gi jogging 8 round bagai. Lompat bintang pn, kadang2 10x kali jer dh stop. Huhuiii, acaner nak kurus kaannnnn.

Impian nak kurus ni bermula lama dah. Ntah bila akan menjadi kenyataan xtahulah. Dalam kesibukan, kadang curi2 masa gak nulis blog yg makin menebal sawangnya ni. Tapi, layankan jelaa kan. Ada masa dan rasa, kita tulis. Xdak rasa dan masa, esok masih ada masa.

Tajuk soon, nantikanlah yer sampai kowang berjanggut. Kalau sampai masa mood nak menulis tu ada, jgn risau, pasti sampai berjanggut uolls baca. Skrg mood nak pi google2 jap, okbye!~

Wednesday, 24 June 2015

Apa Maksud Ramadhan Al-Kareem & Ramadhan Al-Mubarak


Apa maksud Ramadhan Al-Kareem & Ramadhan Al-Mubarak.

Kedua-dua kalimat Ramadhan Al-Kareem dan Ramadhan Al-Mubarak sebenarnya adalah kalimat2 yang digunakan dalam mengalu-alu dan membesar-besarkan nikmat bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini.

1) Ramadhan Al-Kareem (Ramadhan yang mulia)... dijawab dengan... Allahu Akram (Sesungguhnya Allah yang memuliakannya).
2) Ramadhan Al-Mubarak (Ramadhan yang penuh keberkatan).

Tiada ucapan khusus utk menyambut kadatangan Ramadhan. Maka boleh mengucapkan yg demikian itu asalkan ucapan2 itu tidak mengandungi maksud2 yg batil.

Dalilnya : Nabi saw sering memberitahu berita gembira menjelang Ramadhan kpd para sahabatnya :
"Tibalah kepada kamu sekarang Ramadhan, bulan penuh rahmat" (ataakum Ramadhaan, syahrun mubarakun) ~ HR anNasa'iy dari Abi Hurayrah Ra ~

Pentingnya Adab Berbicara

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1 Malaysia. Chewah, mcm Perdana Menteri pulak. Alhamulillah.. kita telah masuk ke bulan Ramadhan Al-Kareem. Harini merupakan puasa admin yg ke-8. Alhamdulillah, puasa ke-8 baru berkesempatan utk update blog. Feeling thankful sebab Allah masih memberi kita semua untuk bernafas serta diberi kesihatan yang baik dan kehidupan yang sejahtera.  

Sebelum ni, apa yg kita dapat lihat, pelbagai generasi bebas dalam berbicara, tak kiralah secara lisan atau di mana-mana media sosial iaitu di alam maya. Apa yg admin dapati, kadang2 tahap bicara mereka yg bebas itu lebih banyak keburukan dari kebaikan lagi2 mereka bebas berbicara tanpa diawasi oleh ibubapa mereka sendiri. Xpelah, admin xnak cerita panjang. Di sini ada sedikit perkongsian dari admin mengenai "pentingnya adab berbicara yg admin amik point2 penting dari blog sebelah utk perkongsian bersama. 
Pernah dengar pepatah 'kerana mulut badan binasa'...?? Maksudnya?? Carilah sendiri.... 

"Sesungguhnya telah berjaya orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, orang yang menjauhkan diri daripada perbicaraan yang tidak berguna."

(Surah al-Mukminun : 1-3)

Abdullah ibnu Abbas r.a. mengatakan: "Ada lima perkara yang lebih baik bagi mereka daripada kuda liar yang dibiarkan diam."

Pertama :: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu yang tidak mengenai dirimu kerana hal itu merupakan perbicaraan yang tidak perlu dan aku tidak menjamin engkau akan selamat daripada dosa.

Kedua :: Janganlah engkau berbicara tentang sesuatu sebelum engkau mengetahui saatnya yang tepat sebab mungkin orang berbicara tentang sesuatu yang penting baginya tetapi kerana dilakukan tidak tepat pada waktunya boleh menimbulkan hal-hal yang memalukan.

Ketiga :: Janganlah engkau berdebat dengan orang yang sabar atau bijaksana dan juga dengan orang yang berperangai buruk sebab orang yang sabar tidak akan menghiraukan dirimu manakala orang yang berperangai buruk akan menyakiti hatimu.

Keempat :: Ceritakanlah kepada saudaramu yang tidak hadir tentang apa yang engkau sendiri ingin dia ceritakan kepadamu dan maafkanlah dia seperti engkau sendiri ingin dimaafkan olehnya.

Kelima :: Buatlah seperti orang yang benar-benar sedar bahawa perbuatan itu akan mendatangkan kebajikan dan tidak akan mendatangkan dosa atau kesalahan. (Ibnu Abi Dunya).

Oleh itu kita harus menguasai lidah kerana seseorang itu boleh terjerumus ke lembah yang hina disebabkan lidahnya yang tidak terkawal. Orang yang berbicara tanpa kawalan akan kehilangan arah. Atas keprihatinan ini, Islam menggariskan tatacara dan adab berbicara agar umatnya sentiasa berada dalam lingkungan keredhaan ALLAH SWT.

Wallahu'alam..
InsyaALLAH..